Monday, April 27, 2020

Vietnam trip

Assalamualaikum wbt semua...

Wah hampir sepurnama hamba tidak bersiaran..ceh wah...lebih dari sepurnama sebenarnya...maklumlah...menulis ni kadang2 ikut mood di tambah dengan beban kerja....memandangkan sekarang ni kita direhatkan dari sebarang tugas yang merumitkan dek kerana Covid-19, minda harus di goreskan agar tidak leka dan lalai tanpa sebarang pekerjaan yang tidak  berfaedah.. So kesempatan ini A2P gunakan untuk update blog yang telah lama disepikan..

Kali ni A2P nak berkongsi kisah percutian plus cari-cari peluang untuk bisnes ke negara ASEAN seterusnya...Vietnam, Selepas Indonesia dan Singapura, A2P bepeluang untuk mengembara ke negara yang terletak di utara Malaysia. Saat dunia dilanda dengan krisis penyakit Novel Korona virus...perjalanan yang dirancang lebih setahun lepas diteruskan memandangkan tiada kes yang serius di Vietnam ditambah dengan sekatan yang dilakukan oleh Kerajaan Vietnam ke atas semua pelancong dari negara China.

A2P nak story tentang pengalaman memakai mask sepanjang berada di Air Port. Penerbangan kami dijadualkan pada 2 April 2020. Waktu ni masih ramai belum menyedari pentingnya menjaga kesihatan persekitaran namun A2P patuh bagi memastikan dan mengelak dari terkena jangkitan yang sedang hot dipasaran.

Penggunaan mask diwajibkan untuk team kami

bergambar sebelum pakai mask..huhu

Perjalanan berjalan mengikut jadual yang dirancang namun kami stuck hampir 2 jam di Air Port Ho Chi Minh. Kehadiran segerombolan pelancong dari China menyebabkan semua pintu masuk ke negara Vietnam ditutup sementara termasuk group kami...Menggunakan mask memang menjadi amaran dari leader group kami memandangkan keadaan persekitaran yang tidak dijangka. Kesemua penduduk Vietnam memakai mask kerana Kerajaan Vietnam mewajibkan untuk semua rakyatnya... 


Di awan biru

Alhamdulillah..selamat sampai

Cuba baca...Bahasa Vietnam..huhu
A2P berada dibahagian belakang sekali kerana kaunter imegresan yang tutup gara-gara pelancong dari China yang datang


Selepas selesai urusan di Air Port kami meneruskan destinasi yang seterusnya. Sebelum tu masing-masing melepaskan hajat al maklum la..lama nau duk dalam kawasan pelepasan. Memandangkan first time A2P KE Vietnam, tak disangka...toiletnya tidak menyediakan paip air..apalagi guna air flush dan tisu untuk beristinjak...hehe..mudah-mudahan suci dari segala-galanya.

Bagi memastikan jadual yang diatur dapat dilaksanakan, kami terus di bawa ke kedai yang menjual cenderahati...mood untuk membeli belum sampai tapi A2P follow aje. Kami di bawa ke Kedai menjual barangan kulit, dan juga menikmati makan di Lamson Mosque. Dengan kepenatan menunggu, masing-masing merasakan membeli belah bukan perkara utama yang perlu diutamakan so kami decide untuk balik ke hotel untuk solat dan membersihkan diri.

Kami menetap di Hotel Aluna, sebuah hotel bertaraf 3 bintang dan terletak dijalan yang dahulunya dikenali dengan nama Jalan 1 Malaysia. Disepanjang jalan, A2P mula melihat pelbagai barang2 jualan samada telekung, tudung,baju, beg baju hingga ke tangan, tshirt, seluar dan juga makanan. So malam ni kami cadang nak keluar cuci mata dulu di kawasan Ben Tharn Market. Sedar tak sedar, jam 1 pagi baru sampai ke hotel dan tidur je la jawabnya. So ini hasil cuci mata dulu..nantikan kami esoknya yer...





Hari kedua di Ho Chi Minh, so as usual we all breakfast dulu di hotel and meneruskan tentatif seterusnya. Kami bergerak ke tempat lawatan iaitu My Tho. Jarak perjalanan dari bandar Ho Chi Minh ke Sungai Mekong adalah lebih kurang 2 jam. Sepanjang perjalanan kami menikmati pemandangan sawah padi dan dimilik  secara persendirian dan dihujung kawasan sawah padi akan terlihat kubur ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Menurut Minnie, mereka akan mengebumikan ahli keluarga mereka di tanah masing-masing dan sekiranya penduduk yang tiada tanah, mayatnya akan dibakar dan dilepaskan ke sungai atau laut lepas. Di Vietnam, tiada tanah perkuburan khas yang disediakan untuk rakyatnya dan sebagai penduduk Malaysia kelebihan yang kita ada menjadikan A2P bersyukur dengan kredibiliti pemimpin Malaysia yang masih di beri kewarasan untuk menyediakan kebajikan terbaik untuk rakyat samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.  Sebelum sampai ke Sungai Mekong, kami singgah ke kilang yang menjual pelbagai jenis pakaian, telekung dan juga tudung dan harga yang ditawarkan adalah amat murah sekali. Well mood untuk membeli masih belum sampai and kami tengok-tengok aje but ada juga yang da start membeli..hehehe.

Kubur ahli keluarga yang ditanam di kawasan sawah padi milik keluarga

Sawah padi merupakan aktiviti utama penduduk Vietnam




Selepas menikmati panorama membeli-belah, kami meneruskan perjalanan ke Sungai Mekong. Di sini kami dibawa naik bot menyeberangi Sungai Mekong dan singgah di kawasan - kawasan yang dipilih melalui trip kami. First kami di bawa ke tempat yang menternak lebah untuk mendapatkan madunya iaitu Hoa Nhan. Di sini kami diberi minum  teh madu beserta lemon dan rasanya ermmm sangat enak dan mestinya berkhasiat. And sesiapa yang berminat boleh la mendapatkannya untuk di bawa balik.

Sebelum naik bot, kami bergambar dulu

Dalam bot


lebah-lebah yang diternak untuk madunya


teh limau  madu yang dihidangkan kepada kami secara percuma

inilah rupanya teh limau madu



 Than kami di bawa ke tempat membuat gula kelapa atau Coconut Candy. Di sini kami melihat proses membuat gula kelapa secara tradisional dan dilaksanakan oleh penduduk kampung. Penerangan dari cara memasak, menyedia, memotong dan seterusnya membungkus candy untuk jualan. Pelbagai perisa dan jenis yang dijual and A2P tidak melepaskan peluang untuk membeli just for review how sweet and for my family.


cara memasak coconut candy

kerja-kerja pemotongan dan pembungkusan oleh penduduk tempatan

inilah rupanya..sedap , lemak dan manis



Seterusnya kami meneruskan perjalanan di kawasan kebun buah yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Sepanjang jalan pelbagai jualan barangan kraf dijual oleh penduduk tempatan dan semuanya hand made. Walaupun hand made harganya tidak lah semahal barangan hand made di Malaysia kerana material yang banyak dan juga tenaga kerja yang ramai. Thats why barangan buatan mereka jauh lebih murah but the quality was very good. Di kawasan dusun atau kebun yang diusahakan ini, kami dihidangkan dengan pelbagai buah-buahan tempatan yang enak secara percuma dan dihiburkan dengan lagu-lagu tempatan vietnam oleh penyanyi tempatan yang terdiri dari anak remaja.  Selain lagu tradisi mereka, kedua-dua penyanyi ini turut menyanyi lagu Kalau Rasa Gembira dalam versi Bahasa Vietnam (Tieng Viet) . Apapun kami terhibur dengan persembahan mereka dan kami memberi tips for granted atas apa yang mereka buat. Semoga mereka akan terus maju dan berjaya.


Adik remaja yang menghiburkan kami dengan lagu tradisonal vietnam dan lagu-lagu melayu dalam bahasa vietnam...sedap suaranya

kebun buah

laluan nak ke Sungai Mekong


Lepas makan buah, kami meneruskan destinasi seterusnya iaitu menyusuri sungai Mekong dengan menaiki Sampan atau dinamakan "Sampan Ride". Terdapat pelbagai jualan buah-buahan tempatan dan sayuran sepanjang sungai ini. Sambil-sambil menanti turn untuk mendayung sampan bersama makcik2,  A2P tidak melepaskan peluang untuk menikmati jualan dan one of the makcik menjual pelbagai jenis kuih di dalam bakulnya dengan menggunakan basikal. Ini mengingatkan A2P tentang kisah dizaman kanan-kanak di mana kanak-kanak atau makcik yang akan menjual kuih-kuih tapi dizaman yang serba moden ini, kisah the makcik still ada di Vietnam. Than kami menyusuri sampan yang kami dayung sendiri bersama the makcik dengan memakai topi macam nak ke sawah. Kami menyusuri laluan sempit hutan paya bakau sepanjang 7 meter dan sampai ke destinasi bot kami diparking..hehe. Well sebuah pengalaman yang agak menarik terutama A2P yang sememangnya tidak pernah menaiki sampan.

menunggu turn di pengkalan mekong

makcik yang menjual pelbagai kuih muih menggunakan basikal

pelbagai bahan jualan turut dijual

selfie jap

berselisih tapi mereka mahir untuk mengelak dan tidak bertembung

kami satu sampan

dayung laju-laju,,,hahaha


Seterusnya kami menikmati makan tengahari di sebuah restoran tempatan yang menyediakan makanan halal. Menurut Minnie, restoran ini merupakan restoran yang dipilih oleh travel agent di Malaysia dan semestinya halal. Peratusan penduduk Islam di Vietnam hanya 20% menjadikan kami lebih berhati-hati dalam memilih makanan dan apa yang dihidangkan atau dicadangkan oleh travel agent, itu yang kami nikmati. Walaupun makanannya banyak yang manis-manis, telan juga kerana tekak A2P tekak yang pedas2...janji kenyang. Lepas kenyang kami meneruskan perjalanan balik ke Bandaraya Ho Chi Minh and aktiviti free and easy. Kami sempat ke pasar Ben Tharn yang menjual pelbagai barangan keperluan seperti kasut pelbagai jenis baju, beg dan macam2 lagi. Pendek kata memang giler la masuk dalam ni and diaorang (peniaga) memang kenal dengan Orang Malaysia dan menawarkan harga yang agak mahal. Kalau tak betul-betul memang kita akan terpedayalah jawabnya. Malamnya macam biasa kami ronda-ronda night market yang ada disepanjang jalan hotel kami selepas menikmati makan malam and A2P start membeli belah untuk souvenir dan juga untuk bisness. Memang seronok kalau berbisness tapi maklumlah pergi sorang and tak larat nak bawak barang yang banyak. A2P terpaksa membeli sebuah beg pakaian lagi untuk memudahkan membawa barang-barang yang dibeli.

Minnie, tourguide kami 

Aktiviti shopping


Next day, as usual kami berkumpul around 8.00 pagi waktu Vietnam dan 9.00 pagi waktu Malaysia. After breakfast, kami meneruskan desnitasi ke Chu Chi Tunnel yang merupakan destinasi pelancongan yang popular di Vietnam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam seakan perjalanan Melaka ke Kuala Lumpur. Sebelum ke destinasi tersebut our trip singgah dulu di Linda Housesale yang menjual pakaian siap bermula iaitu pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak. A2P memang teruja dan memandangkan kami mempunyai masa yang terhad, so pembelian haruslah dilakukan dengan cepat. Sempat grap barang sepasang dua untuk anak- anak dan of course untuk diri sendiri. Seterusnya kami ke destinasi seterusnya Terowong Chu Chi.


Macam biasa..dapat pelekat

Pintu masuk terowong





peluru-peluru yang dipamerkan digaleri utama sebelum masuk ke terowong

antara senjata yang pernah digunakan semasa perang dan dipamerkan


Sebagai sebuah negara yang mengamalkan fahaman komunis, lokasi  yang menempatkan lokasi peperangan Vietnam dengan Inggeris sebelum Vietnam mencapai kemerdekaan dengan pelbagai peluru-peluru berbagai saiz dan juga berjenis-jenis senjata yang pernah digunakan oleh tentera Vietnam sewaktu peperangan menentang Inggeris. Gerun A2P melihatkan koleksi senjata dan pelurunya. Masuk dengan berbayar, dam macam biasa kami diberi stiker sebagai tanda bayaran telah dibuat. Kami terus di bawa melihat ke tempat yang dipasang pelbagai jenis perangkap yang menggerunkan disamping tempat untuk melindungi diri dari musuh. Setiap sudut yang kami lalui menempatkan laluan terowong yang dibina oleh tentera Vietnam untuk menyembunyikan diri. Dilengkapkan dengan pameran kereta kebal, diorama pembuatan senjata dan peluru, diorama pembuatan peralatan dan juga lokasi untuk menembak menjadikan pengalaman lawatan ini lebih berharga. A2P tidak melepaskan peluang untuk memasuki terowong bawah tanahnya dan merasakan kepakaran tentera sememangnya tidak dinafikan. Selain berperang, mereka kreatif menyediakan pelabagai peralatan penahanan diri, tempat persembunyian dan juga perangkap untuk memerangkap musuh yang menyerang. A2P juga tidak melepaskan peluang untuk melengkapkan memori di ruang catatan pelawat bagi melengkapkan memori lawatan ke negara Vietnam. Akhirnya kami dijamu dengan makanan ibu rebus yang dimakan dengan kacang tanah dan gula sebagai destinasi akhir lawatan. Makanan ini merupakan simbolik makanan tradisi yang dimakan oleh tentera Vietnan ketika berperang. Ubi rebus juga merupakan makanan harian kita yang sering dimakan semasa A2P kecil dahulu dan memang menjadi makanan asasi masyarakat  Melayu ketika zaman penjajahan komunis dan Jepu di Tanah Melayu. Selepas selesai lawatan, kami balik ke hotel aktiviti free and easy. Apalagi last kopek shopping ssebab esok nak balik da..hehe.

Tempat persembunyian dari musuh



antara jenis-jenis perangkap yang ada

tempat membuat bom

lapang sasar untuk menembak - pelancong dibenarkan menembak dengan dikenakan bayaran untuk peluru

perangkap yang turut dipamerkan

souvenirs shop

group photo

makan ubi kayu free - merasai kehidupan masa perang

inilah ubi kayunya

buku pelawat - as usual kita turunkan sign sebagai kenang-kenangan


Last day sebelum check out hotel, kami masih lagi ronda-ronda kawasan jualan sekitar hotel dan ke Pasar Ben Tharn untuk last shoping. Selepas mengisi perut kami akan bergerak ke air port kerana tiada makanan halal di air port. A2P membeli nasi gorang yang berharga 75,000 won bersamaan dengan RM 15.00 ...perghh begitu mahal harga makanan di sini. Bayangkan nasi goreng kampung biasa yang boleh didapati dengan harga RM 5.00 di Malaysia tapi di Vietnam harganya menjadi RM 15.00. Apapun pengalaman mengunjungi negara orang bukan sahaja dapat mengutip pengalaman berharga malah dapat menimba serba sedikit pengetahuan yang boleh dijadikan memori dan kenangan. Alhamdulillah kami berlepas dari Air Port Ho Chi Mint pada jam 4.14 petang dan selamat mendapat di bumi Malaysia pada jam 7.15 malam.

Bye-bye Vietnam