Sunday, June 16, 2013

Hari Muzium Antarabangsa 2013

Assalamualaikum...


Kali ini A2P nak share dengan kengkawan semua berkenaan dengan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa yang diadakan di Kuching, Sarawak dari 22 hingga 27 Mei 2013. Sambutan ini diraikan oleh semua warga muzium seluruh Malaysia ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti pameran, kuiz, persembahan kebudayaan, jualan disamping majlis perasmian, makan malam dan seminar. Tema sambutan Hari Muzium kali ini ialah Muzium (Kenangan + Kreativiti) = Perubahan Sosial. Untuk pengetahuan kengkawan semua, Hari Muzium Antarabangsa yang dirayakan oleh muzium-muzium seluruh dunia pada 18 Mei setiap tahun adalah hasil resolusi Persidangan Majlis Muzium Antarabangsa ke -12 pada tahun 1977.

Perayaan tahunan ini merupakan hari yang memberi pengertian besar kepada dunia permuziuman sejagat dalam usaha untuk menarik perhatian umum terhadap program dan aktiviti muzium. Perayaan ini diilhamkan oleh International Council Of Museums (ICOM) mendapat feeback positif apabila lebih 102 buah negara telah mengiktiraf dan mengambil inisiatif untuk memartabatkan perayaan Hari Muzium ini. Bagi negara kita Malaysia, sambutan perayaan ini menunjukkan pengiktirafan kerajaan terhadap institusi permuziuman di negara ini dalam usaha memartabatkan warisan sejarah.

Kalau kengkawan semua nak tahu...

Sambutan perayaan Hari Muzium ini telah mula disambut di Malaysia mulai tahun 1977 dengan memberi peluang kepada muzium-muzium negeri untuk menjadi tuan rumah. Berikut rentetan sejarah muzium-muzium yang pernah menjadi tuan rumah....


·         1997 – Kuala Lumpur
·         1998 – Terengganu
·         1999 – Langkawi, Kedah
·         2000 – Melaka
·         2001 – Sabah
·         2002 – Pahang
·         2003 – Sarawak
·         2004 – Bangi, Selangor
·         2005 – Johor
·         2006 – Langkawi, Kedah
·         2007 – Melaka
·         2008 – Kuala Lumpur
·         2009 – Kuala Terengganu
·         2010 – Sabah
·         2011 – Negeri Sembilan
·         2012 – Pahang
·         2013 - Sarawak

ni gambar2 yang A2P nak view untuk korang...hope enjoy..

Team ke Sarawak, sebelum berlepas...

persembahan kebudayaan Sarawak

Naik bot ke seberang, rasalak jugak naik bot nak beli kek lapis n makan mee kolok...best..

inilah gunung Santubong

peserta PERZIM yang menyertai program amal komuniti di Kampung Pasir Panjang

kerja amal - cat surau

Muzium Kuching - jadi kucing jap...meow

Lawatan Ketua Menteri Sarawak ke booth PERZIM

gotong-royong siapkan pameran

 yang baju biru tuh,,,,,, kengkawan kitaorang...kena pakai pakaian tradisional 

jaguh-jaguh Historical Walk


Perubahan teknologi - Penggunaan QR code  untuk mendapatkan info mengenai pameran PERZIM

Wednesday, June 12, 2013

raya raya raya

Saja suka-suka....

Assalamualaikum....
A2P baru nak memulakan langkah dalam penulisan blog.. baru nak mencuba-cuba...well...sebagai langkah pertama...A2P cuba untuk menulis kisah sambutan hari raya yang diadakan di pejabat kami tahun lepas...suka tengok gambar-gambar ni kerana masing-masing ceria. Program kali ini menampilkan kelainan kerana setiap unit boleh menyediakan juadah mengikut citarasa sendiri untuk dijamu kepada setiap tetamu yang datang. Yang paling meriah sekali, kami semua berpakaian dengan tema warna yang hampir sama. Walaupun penat melayan tetamu, kami semua gembira dan bersyukur dengan anugerah yang diberikan..... dan makanan yang dihidangkan pun habislak jugak...yang tak habis di bawa balik....haha...


post sekali

post 2 kali


post 3 kali

Ni unit kitaorang.....