Monday, September 12, 2016

Aidiladha

Aidiladha
Menzahirkan seribu makna pengorbanan
Menggambarkan pengorbanan
Dalam emosi dan gurauan

Aidiladha
Takbir hening subuh menyerap ke jiwa
Menerbit rasa rindu tak berkesudahan
Melahir rasa syukur atas nikmat dan ganjaran

Aidiladha
Kala mata menatap
Jiwa meronta ingin hindari
Hadirmu menerap jiwa kental
Menuntut pengorbanan tulus
Berkorban demi sebuah kehilangan

Aidiladha
Tiada sekelumit rasa lahir dari jiwa
Walau sepuluh tahun peristiwa berlalu
Entah kenapa hadirmu menyentak rasa
Seolah-olah kau berkuasa
Mengatasi Yang Maha Esa

Aidiladha
Semoga hadirmu bisa merawat jiwa
Menyelak sejarah Ibrahim alaihissalam
Menyorot peristiwa Siti Hajar dan Ismail
Menyelusuri kisah Sumaiyah
Terselit seribu makna pengorbanan
Dalam setiap arus menderu

Aidiladha
Redhalah hati dengan setiap dugaan
Redhalah jiwa atas setiap kegusaran
Redhalah redhalah redhalah
Semoga hati terus tawadduk
Semoga hati terus pasrah
Semoga hati terpahat kukuh
Semoga iman tak lekang dari jiwa
Semoga ketabahan mengiringi setiap langkah

Aidiladha
Teraju segala pengorbanan
Setiap yang tertulis tersirat hikmah
Yang tak tercapai dek akalmu
Hanya padaMu jiwaku pasrahkan
Hanya Kau mengerti segala tersurat
Allah Allah Allah....

Hasil nukilan
Arz
13 September 2016
11 Zulhijjah 1437 H

Tuesday, July 19, 2016

10 tahun telah berlalu


Assalamualaikum w.b.t.

20 Julai 2016

Hari ini genap sepuluh tahun pemergian anakanda menghadap Tuhan Yang Esa. Semuanya milik Allah..."Dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali". Sesungguhnya setiap yang berlaku pasti terselit beribu hikmah yang tidak dapat dicapai oleh akal fikiran. Walaupun hanya 4 tahun setengah dipinjamkan, A2P redha dengan ketentuan dari Illahi. Sesungguhnya A2P bersyukur atas setiap rahmat dan anugerah yang Allah s.w.t. kurniakan. 

Anakanda Anis Farzana dilahirkan pada tanggal 8 November 2002 di Pusat Perubatan Ibnu Sina, Melaka pada jam 7.15 pagi setahun selepas kelahiran anakanda sulung Anis Farhana pada 30 Oktober 2001. Kelahiran yang tidak disangka dianggap sebagai rezeki yang Allah kurniakan. Merupakan seorang anak yang bijak, tegas dan berani kerana sering melindungi kakaknya ketika kakaknya di buli oleh budak lelaki. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya, anakanda pergi mengadap Ilahi ketika A2P berada di semester akhir Pengajian Jarak Jauh di UiTM Melaka pada tanggal 20 Julai 2006. Walaupun hati berat menerima namun A2P redha dengan rezeki yang Allah hendak beri dan ambil semula. Life must be go on, alhamdulillah kini A2P dikurniakan 3 orang lagi cahayamata selepas pemergiannya. Kini gambar-gambarnya menjadi kenangan dan penguat semangat untuk meneruskan kehidupan. Wajah dan perwatakannya banyak diwarisi oleh anakanda yang bongsu Anis Farisah yang kini berusia 2 tahun setengah.



Dulu-dulu belum meluas penggunaan digital - A2P mendukung Allahyarham


Anis Farhana n Anis Farzana


Anis Farzana


Gambar kami sekeluarga








Thursday, July 14, 2016

Jogjakarta-Solo


Kembara Ilmiah (Part IV)

Assalamualaikum w.b.t

Hari keempat di Jogja-Solo memberi A2P semangat yang lebih berkobar-kobar untuk menjelajah dan menyelusuri kembara ilmiah ke Jogja-Solo. Jadual lawatan hari ini yang padat kerana pada hari ini kami menerima undangan dari Radio Q 88.3 fm. A2P dan YDP PSMM akan diwawancara mengenai aktiviti persatuan dan aktiviti permuziuman bersama dengan En Uul Jihadan dan Mayor Sus Ayi Supriadi, wakil Ketua Badan Musyawarah Museum Daerah Istimewa Yogyakarta (BARAHMUS DIY). First time di wawancara...memang rasa takut tu wujud tapi akhirnya dapat dilaksanakan. Bual bicara ini lebih tertumpu kepada hubungan kerja dua hala dari segi permuziuman serta mewujudkan hubungan dua hala.

Ketika sesi mewawancara Pak Uul  -  gementar plak rasanya

Penyampaian cenderamata

Konti radio

Pak Ayi 

Penyerahan cenderamata dari PSMM

Group photo

Next kami ke  Salak Fruit Plantation yang terletak di Kampung Kaliurang. Di sini A2P berpeluang untuk melihat sendiri ladang penanaman salak yang dilaksanakan secara individu. Hasil tanaman ini dijual sendiri oleh pengusaha ladang  dikawasan berhampiran. Buah salak yang murah dan manis menjadikan tempat ini sering dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara.

Lambakan buah salak

Buah salak madu

Pokok buah salak

Alat penimbang lama yang digunakan

Inilah buah salak..hehehe

Yang da buka n belum buka

Kembara ilmiah A2P diteruskan dengan melawat Museum Gunung Api Merapi yang terletak di daerah Sleman Yogyakarta. Muzium ini mempamerkan peralatan untuk mengesan gegaran, peralatan yang musnah, batu-batu kesan letusan lava gunung berapi. Tujuan penubuhannya ialah untuk memberi penerangan kepada penduduk setempat mengenai gegaran yang akan dan telah berlaku serta kesannya kepada penduduk setempat disamping memberi pengetahuan am kepada semua pelancong yang datang ke muzium ini.  Selain penerangan mengenai gunung berapi dipamerkan, muzium ini juga membuat replika gunung merapi bersekali dengan audio gegarannya. Tarikan interaktif gegaran gunung berapi dan juga pergerakan ombak tsunami menarik minat setiap pengunjung di muzium ini.

Penerangan oleh Museum Educator

Batu kesan dari letusan gunung berapi

Motorsikal yang terkena lahar gunung berapi

Replika gunung merapi yang dibina ditengah ruang pameran

Alat untuk mengesan radar gegaran gunung berapi


Penyampaian cenderamata


macam biasa,,, group photo

Kembara kami seterusnya ke Ullen Sentalu Museum yang terletak di daerah Kaliurang Barat kira-kira 30 km dari Yogyakarta.  Muzium swasta ini ditubuhkan oleh Pak Daniel Haryono ini menyingkap sejarah pemerintahan beraja di Yogyakarta bermula dengan potret, manuskrip, sosio budaya hidupan raja, koleksi peribadi, budaya dan pakaian diraja.  Muzium yang berkonsepkan taman dengan bangunannya yang bercirikan rekabentuk Belanda ini merupakan muzium yang terbaik di Indonesia dan menggunakan batu tinggalan letusan gunung berapi. Setiap artifak yang dipamerkan adalah amat bernilai tinggi dan pengunjung tidak dibenarkan merakam gambar dalam kawasan muzium.

pintu masuk muzium Ullen Sentalu

Laluan masuk ke muzium....dalamnya tak boleh ambil gambar...percaya atau tidak, tembok batu di muzium ini dibina dari lahar gunung berapi 

Muzium dalam taman

Pemilik muzium Pak Haryono

Sesi penyampaian cenderamata

Bergambar beramai-ramai

Bagi menyelami suasana kawasan yang pernah dilanda gegaran gunung berapi, A2P dan group ke Kampung Cangkringan yang terletak di kaki gunung Merapi. Kami berjalan kaki kira-kira 10 meter untuk sampai ke kawasan berhampiran bagi melihat sendiri kesan-kesan tinggalan letusan Merapi. Masih terdapat sisa-sisa rumah yang musnah, sungai yang kering, batu lava dan awan yang masih ada kesan dari letusan. Namun batu-batu ini boleh digunakan semula untuk membina rumah dan juga dijadikan ukiran patung oleh penduduk setempat. Laluan untuk ke kaki gunung merapi juga telah dibina bagi emeberi peluang kepada pelancong untuk ke kaki gunung dan pengangkutan yang disediakan ialah kenderaan jenis jip/

 Pemandangan Gunung Merapi dari bawah

Rumah-rumah yang musnah kesan lahar gunung berapi

Batu-batu kesan dari letusan lahar gunung berapi


Sungai yang kering dan musnah akibat lahar gunung berapi


Kami bergerak ke Candi Prambanan yang merupakan kuil untuk penganut agama Hindu. Candi yang dibina pada abad ke 9 ini masih kukuh berdiri dan telah mendapat pengiktirafan dari UNESCO sebagai tapak warisan dunia pada tahun 1991. Candi ini asalnya mempunyai 240 buah kuil dan kini tinggal 18 buah sahaja kesan dari gempa bumi. Batu-batu candi yang runtuh masih ada dikawasan ini dan tidak dibina semula kerana banyak stukturnya yang hilang. Walaupun hari telah berinjak senja, lawatan tetap diteruskan dengan penuh semangat bagi memenuhi jadual yang dirancang dan untuk meneroka senibina yang masih kukuh ini. Well korang boleh melihat gambar-gambarnya yang menarik...ermm menarik ke..memang menarik..


Candi Prambanan yang masih berdiri kukuh

Terdapat candi yang telah runtuh kesan dari gegaran letusan gunung berapi dan batu-batunya masih dikekalkan

Patung yang sinonim dengan penganut hindu semestinya terukir di setiap sudut candi ini

Ukiran lembu di letakkan di dalam salah satu candi sebagai lambang keagamaan masyarakat beragam hindu

Bergambar beramai-ramai berlatarbelakangkan candi


walaupun penat kami mendaki juga...tak nak lepaskan peluang yang ada..

Nama-nama  yang diberi pada setiap candi

Malamnya kami sekali lagi ke Malioboro Street untuk mendapatkan cenderahati bagi family n friends di Malaysia. Walaupun perjalanannya  hanya mengambil masa 5 ke 10 minit, kami tetap ingin merasa menaiki kereta kuda dan beca. Uniknya beca-beca disini kebanyakannya telah diubahsuai dengan menggunakan motorsikal bagi memudahkan pergerakan dengan tambang murah Rp 8,000 manakala kereta kuda ialah Rp 20,000.

The last day trip, kami menerima undangan dari Mayor Adi untuk melawat Museum Pusat TNI AU Dirgantara Mandala. Sebelum itu kami ke Pasar Beringharjo yang terletak berhampiran dengan Maliboro Street  kerana flight kami pada jam 4.15 petang. Walaupun telah membeli belah di Malioboro, kesempatan yang ada tetap di penuhi sebaiknya agar tidak ralat..hahaha..sebuah pasar yang agak murah dan menjual pelbagai barangan yang lebih menarik.

Last posing depan hotel sebelum check out

Hehehe...bergambar dengan staf hotel kat restaurant

Kak N dan Kak Nora posing kat kitchen

Selepas check out, kami meneruskan lawatan terakhir ke Museum Pusat TNI AU Dirgantara Mandala yang terletak berhampiran dengan lapangan terbang.Walaupun A2P da tak sabar rasannya nak balik ke Malaysia lawatan tetap diteruskan dan disambut oleh Pak Yuto Nugroho. Rupa-rupanya muzium ini terletak di dalam kawasan tentera udaranya. Setibanya di dalam kawasan muzium yang dikawal penuh oleh tentera Indonesia ini, A2P terpandangkan pintu masuk muzium yang dipenuhi dengan pengunjung yang rata-ratanya terdiri dari anak-anak yang masih bersekolah. Teruja dengan sikap mereka yang lebih menghargai muzium. Muzium ini letaknya berhampiran dengan terminal air port di Jogjakarta.

Pintu masuk Muzium TNI

Pak Yuto memberi penerangan mengenai muzium tentera

Antara artifak yang dipamerkan

Kapal terbang jaws

Group photo

Replika kapal terbang yang putus dua ketika perang yang dinaiki oleh TNI AU

Antara kamera-kamera yang digunakan dalan jet pejuang

Selepas makan tengahari dengan masakan Padang, kami terus bergerak untuk kelapangan terbang. Sebuah lapangan terbang yang kecil namun teratur dari segi check in lugage dan lain-lain...sesi posing masih diteruskan hinggalah tiba di KLIA 2 pada jam 8.30 malam.

Sugeng rawah - tak tau maknanya..hehehe

Sugeng tindak - selamat tinggal, da nak balik

Timbang beg

Da masuk flight - thanks kak N

Alhamdulillah selamat sampai di destinasi dengan selamat. A2P merasakan pengalaman yang dikutip ketika berada di Jogjakarta adalah sangat isttimewa dan memberi pengetahun baru terutamanya dari segi permuziuman. Memang dah lama nak tengok sendiri keunikan Borobudor..akhirnya dapat dilunaskan, Alhamdulillah... Terima kasih juga buat teman-teman PSMM memberikan kerjasama yang baik walaupun ini kali pertama bertemu dan bermesra. Sesungguhnya pengalaman pertama ini sangat mengujakan dan nak pergi kali kedua kalau berpeluang...hehehe...

TAMAT