Thursday, October 22, 2015

Oceanarium...the shore


Assalamualaikum w.b.t.

Cuti sempena birthday TYT Melaka.ke 77 yang lalu....9 Okt 2015..ermm ke mana eh...last2 kami sekeluarga berkunjung ke The Shore disebabkan ada tiket free utk kanak2 n 20% untuk dewasa. The Shore merupakan ikon pelancongan terbaru di negeri bertuah  Melaka; sebuah aquarium gergasi yang terletak di tingkat 2 bangunan Hotel Swiss Garden. Seronok melihat anak2 gembira melihat hidupan laut antaranya pelbagai jenis ikan, batu karang, penyu, tapak sulaiman dan serangga.

Sebelum lawatan..amik pic dulu

Layan anak2 

Sepanjang lawatan, pelawat diberi soalan dan hanya boleh menjawab dengan menggunakan cap yang disediakan saja...mak dia yang tolong buatkan

Asyraaf teruja tengok ikan...Alin posing lak..

Perkampungan penyu...si kecik pun seronok


Selepas melawat aquarium gergasi ini kami meneroka the shore sky tower yang terletak di tingkat 42..bangunan yang sama. Pengalaman yang seronok walaupun ada rasa takut terutamanya bila pijak di lantai cermin. Seram jugak tapi best..selain bergambar anda blh meneropong bandar Melaka melalui teropong n ada jugak interaktif peta kedudukan Melaka. Uniknya di sini ialah kita dapat melihat seluruh bandar Melaka..jom kita explore gambarnya...

Ni tempat yang paling gerun sekali.....pijak cermin jer...berdegup laju ....


Kiosk informasi yang disediakan untuk kegunaan pelawat...menarik 

Teropong yang disediakan untuk melihat jarak jauh








Lawatan ke langkawi

Lawatan ke Pulau Langkawi

Assalamualaikum wbt...

Errmmmmmmm... walapun agak terlambat untuk mengupdate blogku ini...A2P masih ingin berkongsi keseronokan perjalanan ke pulau yang terkenal di Malaysia sebagai destinasi percutian. A2P berkesempatan untuk mengikuti lawatan ilmiah ke Pulau Langkawi. Memang pulau ni merupakan lawatan yang pertama menjadikan A2P teruja untuk mengikutinya dan meneroka setiap yang ada di pulau ini. Lawatan yang mengambil masa 3 hari 2 malam ini dilalui dengan menaiki bas pada malam 20 Ogos 2015 jam 8.30 malam.

Lawatan yang dikendalikan oleh Kelab Sukan & kebajikan PERZIM ini merupakan lawatan yang diadakan setelah lebih 5 tahun tiada aktiviti begini..sesekali berkumpul bersama geng ofis tanpa suami/isteri masing-masing.

Perjalanan yang memakan masa hampir 8 jam tidak dirasakan mayb kerana malam hari  dan  tidur le apalagi. Selepas solat subuh dan sarapan di Changlun kami meneruskan perjalanan di Padang Besar walaupun tidak banyak kedai yang dibuka kerana masih awal pagi. 

Jam 9.45 pagi tiba di Jeti Kuala Perlis dan menaiki feri untuk ke Langkawi. Pemandangan indah laut menjadikan hati teruja walaupun kepala agak pusing kerana gelombang laut. Keadaan bot yang luas dan selesa menjadikan perjalanan lebih selesa..


Acara wajib ...posing sebelum naik feri

Posing dalam feri lak..huhu


Laut ciptaan Allah...cantiknya


Di Langkawi kami menginap di Twin Peak Resort...walaupun tidak seindah hotel idaman namun cukup selesa untuk merehatkan badan yang keletihan..The first day perjalanan di teruskan di kedai berhampiran kawasan Pantai Cenang, Idaman Suri, Ram Deko sebelum ke Kompleks Hj Ismail untuk memborong coklat. Membeli coklat yang agak murah sampai x ingat dunia n dinner....huhu..harga makanan di sini agak mahal walaupun makanannya simple.

Second day kitaorg melawat ke kilang Gamat n shopping gamat selain melihat proses pembuatannya. Than ke Beras Terbakar..tempat berasnya hujung sekali tetapi sebelum tu gerai jualan. Sempat lak jugak cari cenderamata buat anak2 n teman2.  

Gamat di masak sebelum dijadikan minyak




Tapak beras terbakar



Next station ke Makam Mahsuri atau nama sebenarnya Mahsuri binti Pandak Mayah., sebuah kawasan yang menarik dan terdapat gerai jualan pameran rumah tempat mahsuri n aktiviti jualan seperti inai bercorak, brg kraf n ubatan.Tentu korang ingatkan kisah Mahsuri yang telah dihukum bunuh angkara fitnah dan irihati. Beliau telah dihukum pada 1819 Masehi bersamaan 1235 Hijrah. Namun tempat ini kurang terjaga selain terdapat pengunjung yang seolah-olah menyembah makam.


Makam Mahsuri binti Pandak Mayah


Member buat inai..kitaorang posingler

Selepas Makam Mahsuri kami bergerak ke Kilim Geosfest Park. Di sini kami menaiki bot untuk meronda disekitar kawasan yang diwartakan di bawah UNESCO. Melihat helang makan, melihat ikan-ikan yang dipelihara bersama Pak Su dan seterusnya ke Gua Kelawar. Di sini kami melihat habitat ribuan kelawar yang dipelihara dengan baik. Pengalaman ini dirasakan seronok dengan persekitaran yang indah dan dijaga rapi. Keseronokan menaiki bot tidak dapat digambarkan dan dirasakan begitu mencabar. Destinasi seterusnya ialah Galeria Perdana. Hehe.... sebagai orang muzium, ini merupakan tempat yang wajib kami lawati dalam setiap penganjuran lawatan yang disediakan. Kami disambut oleh Pegawai galeri dengan penerangan dan belanja makan.. Tima kasih staf 2 Galeria Perdana. Untuk pengetahuan korang suma, di sini tersimpannya semua khazah ataupun cenderamata yang diterima oleh Tun Dr . Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri. 


Welfie dalam bot di Kilim Geosfest Park


Kawasan ternakan ikan


Gua Kelawar..best


Antara koleksi dalam Galeria Perdana

Tun Mahadhir ketika merasmikan Muzium Sejarah & Ethnografi

Galeria Perdana




Destinasi seterusnya lebih mengujakan iaitu menaiki kabel car. Sebelum bertolak memang hasrat untuk menaiki kabel car di tanam dalam jiwa walaupun terbit rasa takut.  Rasa teruja untuk menaiki kabel car menyebabkan rasa takut disingkirkan dalam diri kerana melihat dari bawah...amat tinggi. Debaran tetap ada ketika naik dan ketika berselisih dilandasan...keadaan cuaca yg hujan membuatkan dadaku bergetar kencang...tawakal semoga Allah melindungi kami semua. Bergoyang menyebabkan semua teman-teman menjerit namun berdoa dalam hati agar kami selamat naik dan turun. Sebelum menaiki kabel car kami di tayangkan dengan 3D video menyebabkan kepala agak pusing..Namun pujian harus diberikan kerana tayangannya betul-betul real dan menyebabkan sedikit sebanyak rasa takut itu reda dengan sendirinya.


Ketika mula bergerak....slow jer...
Pemandangan Gunung Mat Chincang yang merupakan satu-satunya geofest park dari pergunungan batu pasir di dunia


Perjalanan dan stabil..hehehe posing...

Berhenti di pertengahan station dengan ketinggian 1,700 meter 

Pemandangan dari 650 meter dari aras laut

Stuktur gunung Mat Chinchang yang terbentuk 550 juta tahun dan merupakan batu tertua di Asia Tenggara

Bergambar di station yang terakhir sebelum turun...sejukkk...baru pas hujan


Cecah semula kaki di bumi kami melawat 3D Art Museum yang mana menurut sumber Art Museum.ni merupakan 3D Artt yang terbesar di Asia. Ianya merupakan tarikan pelancong yang baru di Pulau bersejarah ini. walaupun harganya mahal A2P  merasakan ianya berbaloi-baloi..Jangan lepaskan peluang ya.. Nikmatilah gambar-gambar yang menarik di bawah...pergi jangan tak pergi..








Malam kami menyewa van dan meronda sekitar Pekan Kuah sambil menikmati makan malam. Sempat juga teman-teman menyoping dengan membeli parfurm yang murah di Pulau Bebas cukai ini.

Esoknya babai Pulau Langkawi, sampai masanya meninggalkan pulau ini seawal jam 7 pagi kerana perlu ke Muzium Padi di Kedah. Sebelum bergerak balik, kami sempat pekena Laksa Kedah dan cucur udang..ermm sedap....

A2P teruja dengan keindahan lukisan di Muzium Padi yang terletak di negeri Kedah. Bangunan berbentuk tempat memproses padi ini di selenggara oleh Lembaga Muzium Negeri Kedah. Suasana pameran yang berbeza dan lukisan yang seakan-akan hidup ini begitu mengujakan.



sebelum masuk ke muzium bergambar dulu...

Replika padi dan lapisan-lapisan di dalamnya

Sebahgaian lukisan yang hidup menarik perhatian

Peralatan penanam padi turut dipamerkan

Antara lukisan yang dilukis sekeliling dinding dan bangunan

Merasa jadi pesawah...hahaha.


Selamat tinggal Pulau Langkawi. Sesungguhnya pengalaman pertama ke Pulau Bebas Cukai ini memang menarik dan menyeronokkan.