Tuesday, July 19, 2016

10 tahun telah berlalu


Assalamualaikum w.b.t.

20 Julai 2016

Hari ini genap sepuluh tahun pemergian anakanda menghadap Tuhan Yang Esa. Semuanya milik Allah..."Dari Dia kita datang kepada Dia kita kembali". Sesungguhnya setiap yang berlaku pasti terselit beribu hikmah yang tidak dapat dicapai oleh akal fikiran. Walaupun hanya 4 tahun setengah dipinjamkan, A2P redha dengan ketentuan dari Illahi. Sesungguhnya A2P bersyukur atas setiap rahmat dan anugerah yang Allah s.w.t. kurniakan. 

Anakanda Anis Farzana dilahirkan pada tanggal 8 November 2002 di Pusat Perubatan Ibnu Sina, Melaka pada jam 7.15 pagi setahun selepas kelahiran anakanda sulung Anis Farhana pada 30 Oktober 2001. Kelahiran yang tidak disangka dianggap sebagai rezeki yang Allah kurniakan. Merupakan seorang anak yang bijak, tegas dan berani kerana sering melindungi kakaknya ketika kakaknya di buli oleh budak lelaki. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya, anakanda pergi mengadap Ilahi ketika A2P berada di semester akhir Pengajian Jarak Jauh di UiTM Melaka pada tanggal 20 Julai 2006. Walaupun hati berat menerima namun A2P redha dengan rezeki yang Allah hendak beri dan ambil semula. Life must be go on, alhamdulillah kini A2P dikurniakan 3 orang lagi cahayamata selepas pemergiannya. Kini gambar-gambarnya menjadi kenangan dan penguat semangat untuk meneruskan kehidupan. Wajah dan perwatakannya banyak diwarisi oleh anakanda yang bongsu Anis Farisah yang kini berusia 2 tahun setengah.



Dulu-dulu belum meluas penggunaan digital - A2P mendukung Allahyarham


Anis Farhana n Anis Farzana


Anis Farzana


Gambar kami sekeluarga








No comments:

Post a Comment