Wednesday, September 9, 2015


Assalamualaikum w.b.t

Curahan idea kali ini juga sebuah sajak yang A2P garap untuk perahan idea dan curahan rasa yang tidak pernah terhenti. Perkara yang paling cepat yang boleh A2P buat selain menulis pengkisahan kerana masa tidak mengizinkan..

Rasa Hati

Ada ketika hati dapat merasa
Ada ketika hati akan berbicara
Ada ketika hati berbisik sendirian
Ada ketika hati mudah terasa
Ada ketika hati merintih sendiri
Ada ketika hati sayu sendiri

Ketika hati dipagut sayu
Pelbagai rasa menerjah fikiran
Pelbagai gelojak dalam jiwa
Pelbagai pertanyaan bermain difikiran
Hati dicelaru pelbagai terjahan

Ketika hati berbicara sendiri
Salahkah caranya
Betulkah ajarannya
Inikan ujianku
Muhasabah dirimu wahai hati
Muhasabah secukupnya
Agar kau tidak goyah

Ketika hati merintih sendiri
Seharusnya kau tidak terlalu bangga
Seharusnya kau bersyukur
Dengan setiap limpahan RahmatNya
Seharusnya kau tidak alpa
Untuk menyulam jiwamu
Dengan kalimah Allah
Sentiasa membasahi bibirmu
Agar tidak kering
Agak tidak layu tanpa siraman.

Ya Allah
Sesungguhnya..Engkaulah Yang Maha Pemurah
Kau ampunkan segala dosa-dosaku
Kau ampunkan setiap kelalaianku
Kau dekatkan hati ini denganMu
Kau limpahkanlah rahmatMu ke atas
Hatiku yang sayu,
Hatiku yang terasa
Hatiku yang penuh celaru
Hatiku yang keliru…


Sesungguhnya ….
Hanya padaMu aku berserah
Segala jiwa dan raga untukMu
Tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah,
Muhammad itu pesuruh Allah

Kau perkenankan setiap doaku
Kau redhakan setiap perjalananku
Moga aku sentiasa di bawah lindungan RahmatMu….

Aamiin Ya Rabbal A’lamiin…

Nukilan,
Arz
9 September 2015