Saturday, March 28, 2020

Perjalanan kerja di Jakarta

Assalamualaikum semua...

Lama tidak bersiaran kerana kesibukan kerja yang tak pernah habis..lebih-lebih lagi pada penghujung tahun..perlbagai urusan harus dibereskan mengikut prosedur yang diarahkan.
Tanggal 21 November 2018 aku diberi peluang untuk ke Jakarta buat kali kedua selepas 5 tahun. Penubuhan Galeri Melaka di Jakarta memberi A2P kesempatan untuk melaksanakan kerja inventori aset dan artifak.
Wah..KLIA da upgrade...agak lama x menaiki kapal terbang last sekitar tahun 2015.





A2P menetap di Hotel La Grandeur yang terletak di tengah-tengah ibukota Jakarta, Indonesia. Sebuah hotel yang cantik dan selesa serta security yang sangat baik. 




First day sampai tentunya check in dan makan malam di De Teko sebuah restoran yang sering dikunjungi pelancong yang menghidangkan makanan ala2 solo seperti nasi ayam penyet, ayam bakar, tahu pa dan pelbagai masakan enak dengan harga berpatutan..A2P  makan nasi ayam bakar dengan harga 33,000 rupiah dan kalau diconvert ke ringgit malaysia sekitar RM 12.00 gitu...harganya tidak jauh berbeza dari Malaysia...gitu..hehe. Deko dan hiasan restorannya yang menarik menjadikan A2P dan sahabat begitu teruja untuk menikmati makan malam kami di sini. so..uolls kalau ke Jakarta boleh singgah di restoran nie...




tahu goreng
Hari kedua kami ke galeri Melaka yang terletak di Jalan Fatahilah dan berada di kawasan yang dikelilingi oleh muzium - muzium lain Indonesia seperti Muzium sejarah Jakarta atau dikenali dengan nama Muzium Fatahillah, Muzium Wayang, Muzium Matawang dan pelbagai lagi. Sebelum ini, Galeri Melaka terletak di Jalan Melaka dan lokasinya yang tidak strategik menjadikan galeri ini tidak diketahui malah tourguide yang membawa kami ketika awal pembukaannya sesat...inikan pula kami yang dari negara luar. Diharap dengan perubahan lokasi Galeri ini yang terletak di dalam bangunan Pos Indonesia dan di kawasan terletaknya muzium-muzium lain, galeri ini lebih diketahui oleh penduduk Indonesia.

Tujuan galeri ini dibuka untuk mempromosi Melaka sebagai produk pelancongan atau lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Galeri ini boleh dikunjungi secara percuma 



A2P bersama sahabat dan staff Galeri Jakarta Wulan & Rian

Antara produk Melaka yang kami bawa untuk jualan

Pameran dalam galeri

Bismillahirrahmanirrahim...GALERI MELAKA DIBUKA
our staff..menandatangi dokumen pentadbiran

antara artifak yang dipamerkan

Briefing oleh Puan Farah

Secara rasminya, serahan kunci galeri dan pembukaan galeri


A2P dan rakan berkesempatan berkunjung ke Muzium Sejarah Jakarta dan merasa kagum kerana masih terdapat artifak tinggalan Belanda seperti almari Belanda dengan saiz yang agak besar. Seni binanya tidak jaub berbeza dengan bangunan stadhuys yang terletak di Melaka.Tiket masuk berharga 5,000 Rupiah.






Artifak tinggalan Belanda turut dipamerkan - artifak ini juga berada di bawah koleksi PERZIM




Kami habiskan masa di sekitar kawasan Fatahillah dengan bergambar di kawasan sekitarnya. Lokasi yang menarik dan menjadi kunjungan penduduk tempatan. So nikmatilah our moment di kawasan sekitarnya yang dirasakan menarik and jangan lupa kunjungi galeri kami yer....




antara aktiviti yang terdapat dikawasan ini

Oppss jom naik bajai dulu - merupakan kenderaan yang popular di bandar Jakarta kerananya bandarnya yang MACET setiap hari..


menikmati makan tengahari di restoran masakan padang..tengok lauknya..so many

Selesai kerja...petangnya diisi dengan agenda wajib bagi.kaum hawa..."shopping" hehe...pasaraya Mangga Dua yang terletak di kawasan berhampiran hotel kami berkonsepkan  kedai yang menjual pelbagaj jenis barang seperti kasut, beg tangan, baju, telekung, aksesori, minyak wangi dan macam2 lagi.
Berbelanja sampai habis wang rupiahnya...mujur ada money changer dalam pasaraya ini menjadikan shoppingnya lebih meriah...haha..

Hari kedua kami ke Galeri sekali lagi sebelum berangkat pulang ke Malaysia dengan menaiki MAS pada jam 3.45 ptg. Kali ini kakitangan MBMB turut hadir sama untuk membuat semakan kerosakan disamping memastikan kerja-kerja disiapkan mengikut spesifikasi yang tertulis di dalam kerja-kerja baikpulih. Lantikan kontraktor dari Malaysia dan sub kontraktor adalah dari Indonesia termasuk pekerjanya.




Sesungguhnya A2P bersyukur kerana selamat tiba di KLIA mengikut waktu yang ditetapkan dan sesungguhnya ucapan terima kasih buat bos yang memberi kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan tugas di sana.

Semua pengalaman yang dikutip ketika berada di negara orang menjadikan A2P merasa sangat bertuah dilahirkan di bumi Malaysia yang tercinta...hujan emas dinegara orang hujan batu dinegara sendiri...

Saturday, March 21, 2020

Hari Muzium Antarabangsa 2016


Assalamualaikum w.b.t

Kali ini A2P berpeluang untuk mengikuti sambutan Hari Muzium Antarabangsa yang berlangsung dengan meriahnya di negeri jelapang padi, Kedah Darul Aman. Sambutan yang diadakan setiap tahun ini, merupakan aktiviti sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa yang disambut pada 18 Mei setiap tahun.  Sambutan yang bertemakan "Muzium & Lanskap Budaya" diadakan dari 15 hingga 21 Mei 2016. Antara tujuan utama sambutan ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama warga muzium disamping melestarikan pelbagai acara-acara yang telah dirancang. Pameran merupakan program utama yang dilaksanakan dan disertai hampir kesemua muzium - muzium seluruh Malaysia. 



15 Mei 2016

Sambutan yang julung kali di hostkan oleh Lembaga Muzium Negeri Kedah ini dimulakan dengan Majlis Makan Malam kesejahteraan yang diadakan di Grand Alora Hotel. Hotel 4 bintang di bandar Alor Setar ini menawarkan pelbagai jenis masakan negeri Kedah. Tema hitam putih menjadikan majlis makan malam ini lebih berseri. Walaupun terdapat pelbagai acara yang dirancang namun kuasa Allah mengatasi segalanya..ribut melanda bandar Alor Setar dan merosakkan sebahagian besar pameran yang telah siap...Mujur pameran PERZIM tidak banyak yang rosak..apapun kesemua team pameran dapat mengatasi segala kerosakan dengan jayanya.



Geng PERZIM, makan malam kesejahteraan semua kontingen muzium Se Malaysia


16 Mei 2016

Hari kedua A2P berada di negeri jelapang padi..suasana penanam padi menjadi tatapan rutin setiap pagi Hari kedua juga berlangsungnya acara perasmian hari muzium antarabangsa yang dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sulta Badlishah, Tunku Temenggong Kedah,Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan diserikan dengan pelbagai acara. Macam biasa acara dimulakan dengan tarian selamat datang,ucapan, penyampaian hadiah dan yang specialnya...muzium Kedah memberikan anugerah tokoh sejawaran kepada penggiat sejarah di negeri itu. Discover Kedah 2016 merupakan tema sempena tahun melawat Kedah diserikan dengan pelbagai acara menarik.

kat booth PERZIM

perasmian...






Seterusnya A2P menghadiri seminar "Muzium & Lanskap Budaya" di Hotel Starcity yang merupakan salah satu acara wajib semua penganjur atau host hari muzium. Tema ini memberi peluang untuk meninjau peranan baru bagi muzium dalam usaha memelihara serta memulihara lanskap budaya. Antara penceramah yang dijemput ialah Y.Brs. Dr Goh Hsiau Mei dari USM, Y. Brs. Dr Neil Khor Jin Keong dan Y. Bhg. Prof. Dato' Dr Mohamed Najib bin Ahmad Dawa dan dipengerusikan oleh Puan Haryany binti Mohamad, Pengarah, Lembaga Muzium Pulau Pinang.




Malamnya kami semua ke Stadium Darul Aman sebagai peserta kontingen untuk menghadiri majlis Perasmian Sukan dan juga menyaksikan Perlawanan Persahabatan antara kakitangan muzium dengan pemain Negeri Kedah FC. First time A2P menghadiri dan menyertai majlis perasmian sukan yang gilang gemilang. Selain ucapan-ucapan yang menjadi kebiasaan, majlis ini turut diserikan dengan acara persembahan pasukan pancaragam






17 Mei 2016

Hari ketiga A2P berkampung di negeri jelapang padi ini mula menggamit rindu pada anak2...Hari ini acara sukan dimulakan serentak.   Sukan-sukan yang dipertandingkan ini adalah mengikut zon-zon yang mewakili kawasan iaitu timur,selatan, utara, keselamatan, wilayah dan sabah serta sarawak. Antara sukan yang dipeetandingkan termasuklah dart, karom, badminton, pingpong, sepakraga bulatan, menembak dan juga futsal.

futsal 

team futsal

karom

dart
A2P ditugaskan menjadi pengiring untuk ketua kontingen mengambil t.shirt diMuzium Negeri Kedah sebab acara untuk A2P belum lagi. Well sambil menyelam minum air..A2P menyempatkan diri untuk melawat muzium negeri Kedah untuk melihat artifak yang dipamerkan selain memberi inspirasi atau info baru untuk diaplikasikan di  muzium kami. Salah satu tarikan yang dapat di adaptasikan di Melaka ialah laluan menaiki tangga untuk Orang Kurang Upaya (OKU).


Lepas ambil tshirt..kami posing sat naa


Malamnya kami ke Aman Bowl untuk melihat sekaligus menjadi penyokong untuk pertandingan bowling antara pengarah2 dan juga kakitangan mengikut zon. Selain itu, A2P berkesempatan untuk meronda disekitar Pasaraya Aman Central dan merasa teruja kerana harga jualannya amat murah berbanding harga di Melaka. Kesempatan yang ada tidak dilepaskan hehe..dan pastinya sedikit sebanyak membeli lah jugak.

Team bowling Zon Selatan




Team bowling Ketua Jabatan atau wakil


18 Mei 2016

Pagi ni A2P ditugaskan menjaga pameran bermula jam10.00 pagi hingga 3 petang. Pameran yang bertemakan "Muzium & Lanskap Budaya" ini disertai oleh 31 buah muzium seluruh Malaysia. Pelbagai aktiviti diadakan antaranya kuiz, pocket show dan persembahan kebudayaan mewakili kebudayaan negeri masing-masing seperti Tarian sumazau, Dikir Barat, Tarian Limba dan pelbagai lagi jenis tarian. Terdapat lebih kurang 20 buah gerai di kawadan pameran ini yang menjual pelbagai barang dari makanan, pakaian hingga  ke perhiasan rumah. Cuci mata semestinya...haha dan harganya memang murah lagi berpatutan.


Antara pameran yang ada

Antara aktiviti yang dianjurkan untuk semua pengunjung

Pagi ni juga demonstari masakan dari negeri masing2 dimulakan dalam acara Master Kedohoq. Tau tak apa makna Kedohoq..."kurang pandai" atau bodoh..Maksudnya disini semua peserta yang menyertai bukan dari kalangan masterchef yang terlatih...ha..mesti hangpa tekejutkan dengan maksudnya..Bagi kontingen kami, kami menghantar peserta yang memang terbaik dari segi masakannya. Untuk tema masakan negeri Melaka, semestinya asam pedas tetel menjadi menu utama di samping hidangan pagi Pai Tee. Pai Tee merupakan masakan kaum Baba Nyonya di Melaka.  Setiap peserta dikenakan undian untuk memilih menu yang perlu dimasak. Menu masakan negeri Kedah yang perlu dimasak ialah Nasi minyak, Gulai betik dengan ayam, Bubur jagung / sagu mata dan kuih lompat tikam.



Chef bertauliah dari PERZIM


Persembahan hidangan juga diambil kira

19 Mei 2016

Bermulanya acara "jom pi bendang" merupakan acara simbolik negeri jelapang padi malaysia itu...dan merupakan rutin penduduknya. Acara Jom Pi Bendang diteruskan pada hari keempat sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun 2016. Acara yang mencabar ini di mulakan dengan aktiviti lasak meneroka bendang dan terbuka kepada warga muzium bagi kategori lelaki dan wanita. Untuk acara ini, PERZIM memenangi 2 hadiah utama iaitu tempat pertama dan ketiga. Setersunya acara menangkap ikan di dalam bendang bagi peringkat pengarah muzium, warga muzium juga terbuka kepada penduduk setempat . Acara lasak ini diteruskan lagi dengan pesta menangkap itik dan juga memancing ikan untuk semua warga muzium, A2P pertama kali menjejakkan kaki ke dalam bendang untuk acara menangkap ikan dan hanya berjaya menangkap 2 ekoq ikan sahaja. Risaukan lintah dan kehebatan peserta-peserta lain menyebabkan rasa diri kerdil dikalangan mereka. Apapun keseronokan yang dirasai tidak dapat digambarkan kerana semangat kerjasama antara warga muzium.





serkam ikan dalam sawah padi

lari dalam bendang

posing la..lepas habis walaupun kalah...


Selepas maghrib, bacaan Yaasin dan tahlil diadakan di Masjid Nurul Iman, Gunung Keriang dan selepas Isyak, ceramah perdana diadakan oleh penceramah terkenal negara Ustaz Kazim Alias Al Hafidz. Ribuan pengunjung yang hadir mendengar dan menghayati ceramah beliau yang sememangnya menarik, kelakar namun terselit mesej yang mendalam.  Kami ronda2 pekan sambil menikmati makanan orang kedah antaranya sotong raja, pulut mangga dan pulut durian versi kedah..sedap.





Pulut mangga..sedap uollsss..


20 Mei 2016

Pagi-pagi lagi kami da berkumpul untuk acara larian yang julung-julung kali dalam sukan hari muzium disertai seramai 1,500 orang. Sebelum larian,  warming up dilakukan dengan sesi senamrobik di khemah utama. Hadiah wang tunai sememangnya menarik minat orang ramai untuk menyertainya. Antara kategori yang dipertandingkan ialah acara wanita dan lelaki veteran muzium, lelaki dan wanita muzium, lelaki dan wanita terbuka, pelajar sekolah terbuka, lelaki dan wanita veteran terbuka. Pemenang dari tempat pertama hingga ke sepuluh akan menerima medal, sijil dan wang tunai..manakala 11 hingga 20 tidak menerima wang tunai.
Selain larian, acara turut diselitkan dengan cabutan bertuah. Dalam acara ini, ramai peserta PERZIM menggondol hadiah utama dan tidak utama...hehehe...janji dapat medalkan..Larian sejauh 5 km untuk kategori wanita muzium menguji ketahanan mental dan fizikal A2P untuk mendapat tempat ke sebelas..huhu..



penat wei...7 km..tempat ke 11





Sebelah petangnya diadakan Program bersama komuniti melalui acara Museum Classic Ride. Acara yang disertai oleh wakil-wakil dari semua warga muzium ini akan menyusuri danau di kampung-kampung sekitar Gunung Keriang untuk serahan amal berupa sumbangan makanan dan wang tunai.






Sebelah malamnya pula majlis penutup karnival diadakan dengan persembahan oleh dua artis terkenal tanah air iaitu Siti Nordiana dan Lan Kristal. Kalau nak tahu inilah kali pertama A2P berpeluang menonton persembahan artis secara dekat ...hehe..Peluang yang ada tak akan dilepaskan..Seronok jugak cuma tidak berkesempatan untuk bergambar bersama.

Oppss..sorry no pictures..corups...so sad

21 Mei 2016

Pada hari terakhir ini, A2P berpeluang untuk mengikuti lawatan ke Tapak Arkeologi di Sungai Batu, Merbok dan juga Tanjung Dawai. Kami berpeluang untuk melihat kerja-kerja arkeologi yang dijalankan oleh pakar-pakar arkeologist mengenai sejarah Kerajaan Kedah Tua, kerajaan yang telah wujud sebelum Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.  Kisah Kerajaan Kedah Tua banyak digambarkan di dalam Hikayat Merong Mahawangsa di mana kerajaan ini bermula sebagai sebuah pelabuhan pada awal kurun ke 6 S.M. fungsinya sebagai pelabuhan menarik minat orang-orang Barat untuk berdagang terutamanya dalam perusahaan besi. Mengikut sejarah Sultan Mudzafar Syah merupakan salah seorang raja kerajaan Kedah tua yang telah memeluk islam dan nasabnya kekal hingga kini iaitu Yang Dipertuan Agong sekarang, sultan Abdul Halim Muaddzam Shah, sultan Kedah ke 27.


Jumpa sahabat lama Iklil Izzati





Petangnya kami semua ke Pekan Rabu untuk membeli buah tangan untuk di bawa balik ke Melaka. Ikan Pekasam sememangnya popular di Kedah menjadi tarikan untuk kami membeli belah. Malamnya, kami dijemput untuk Majlis Makan Malam Penutup yang diadakan di TH Hotel yang juga terletak di Alor Setar. Di hari terakhir ini, kami disajikan dengan persembahan dari persembahan dari Ezad Lazim dan juga persembahan dari orang istimewa. Kali ini kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Ezad Lazim dan paling tak tahan nyanyi sekali  lagu yang popular ketika beliau bersama Exist "Masih Terserlah Ayumu" Selesai makan malam, kami terus berangkat balik ke Melaka dan  alhamdulillah sampai di Melaka pada jam 6.00 pagi.




Cenderahati dari Muzium Kedah



A2P merasakan bahawa sesungguhnya setiap pengalaman yang dikutip amat berharga dan semoga ukhuwah bersama-sama teman sesama muzium se Malaysia ini dapat terus dipupuk dan di panjangkan. Selain untuk bertukar-tukar pendapat, sambutan ini juga menyemai rasa mencintai warisan sejarah untuk terus dikekalkan bagi tatapan generasi akan datang. Semoga kita semua berjumpa lagi di tahun hadapan.."We Love Museums"

update March, 21 2020