Kali ini A2P nak share dengan kengkawan semua berkenaan dengan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa yang diadakan di Kuching, Sarawak dari 22 hingga 27 Mei 2013. Sambutan ini diraikan oleh semua warga muzium seluruh Malaysia ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti pameran, kuiz, persembahan kebudayaan, jualan disamping majlis perasmian, makan malam dan seminar. Tema sambutan Hari Muzium kali ini ialah Muzium (Kenangan + Kreativiti) = Perubahan Sosial. Untuk pengetahuan kengkawan semua, Hari Muzium Antarabangsa yang dirayakan oleh muzium-muzium seluruh dunia pada 18 Mei setiap tahun adalah hasil resolusi Persidangan Majlis Muzium Antarabangsa ke -12 pada tahun 1977.
Perayaan tahunan ini merupakan hari yang memberi pengertian besar kepada dunia permuziuman sejagat dalam usaha untuk menarik perhatian umum terhadap program dan aktiviti muzium. Perayaan ini diilhamkan oleh International Council Of Museums (ICOM) mendapat feeback positif apabila lebih 102 buah negara telah mengiktiraf dan mengambil inisiatif untuk memartabatkan perayaan Hari Muzium ini. Bagi negara kita Malaysia, sambutan perayaan ini menunjukkan pengiktirafan kerajaan terhadap institusi permuziuman di negara ini dalam usaha memartabatkan warisan sejarah.
Kalau kengkawan semua nak tahu...
Sambutan perayaan Hari Muzium ini telah mula disambut di Malaysia mulai tahun 1977 dengan memberi peluang kepada muzium-muzium negeri untuk menjadi tuan rumah. Berikut rentetan sejarah muzium-muzium yang pernah menjadi tuan rumah....
·
1997 – Kuala
Lumpur
·
1998 – Terengganu
·
1999 – Langkawi,
Kedah
·
2000 – Melaka
·
2001 – Sabah
·
2002 – Pahang
·
2003 – Sarawak
·
2004 – Bangi,
Selangor
·
2005 – Johor
·
2006 – Langkawi,
Kedah
·
2007 – Melaka
·
2008 – Kuala
Lumpur
·
2009 – Kuala
Terengganu
·
2010 – Sabah
·
2011 – Negeri
Sembilan
·
2012 – Pahang
·
2013 - Sarawak
ni gambar2 yang A2P nak view untuk korang...hope enjoy..
Team ke Sarawak, sebelum berlepas... |
persembahan kebudayaan Sarawak |
Naik bot ke seberang, rasalak jugak naik bot nak beli kek lapis n makan mee kolok...best.. |
inilah gunung Santubong |
peserta PERZIM yang menyertai program amal komuniti di Kampung Pasir Panjang |
kerja amal - cat surau |
Muzium Kuching - jadi kucing jap...meow |
Lawatan Ketua Menteri Sarawak ke booth PERZIM |
gotong-royong siapkan pameran |
yang baju biru tuh,,,,,, kengkawan kitaorang...kena pakai pakaian tradisional |
jaguh-jaguh Historical Walk |
Perubahan teknologi - Penggunaan QR code untuk mendapatkan info mengenai pameran PERZIM |
No comments:
Post a Comment