Wednesday, November 11, 2015

Jogjakarta - Solo


Kembara Ilmiah (Part II)


Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni baru berkesempatan untuk menyambung kembara ilmiah aku dan kami ke Jogjakarta or lebih  dikenali dengan nama Yogyakarta di Indonesia. Second day..kembara ilmiah aku dan sahabat bermula dengan melawat MONJALI....yang bermaksud Monumen Jogja Kembali. MONJALI dibina pada tahun 1985 selepas bandar Yogyakarta bebas dari pemerintahan Belanda dan kembali sebagai salah sebuah wilayah di Indonesia. Di sini kami disambut oleh Museum Educatornya Pak Gunaidi dan diberi taklimat melalui tayangan video dan disambut juga  oleh Pak Uul Jihadan (Nashrul Jihadan) kerana kami ada acara rasmi selepas ini. Pameran di MONJALI lebih kepada sejarah perjuangan tentera Indonesia mempertahankan negera mereka dari dijajah yang menampilkan konsep yang sama dengan muzium-muzium di Malaysia iaitu panel penerangan, pameran artifak dan juga diorama.

Monumen Jogja Kembali

Pak Gunaidi, Museum educator yang bersemangat memberi penerangan kepada kami

Tayangan video mengenai sejarah Yogyakarta

Antara artifak yang dipamerkan

Replika artifak pesawat yang digunakan ketika perang

Salah satu diorama yang di lukis

Posing dihadapan KANTOR..hehehe

Ukiran kemerdekaan di bumbung monumen

Acara standard..bergambar beramai-ramai bagi memahat sejarah....

Than kami di bawa melawat ke Istana Sultan or dipanggil Keraton. Istana ini masih didiami oleh sultan namun di buka kepada orang ramai dari jam 8 pagi hingga 2 petang untuk mendapatkan dana bagi menampung penyelenggaraan istana....sampai begitu sekali usaha-usaha yang dilakukan untuk meningkatkan taraf ekonomi. Antara yang menarik ialah aktiviti persembahan muzik tradisional  oleh pekerja istana yang ditunjukkan kepada orang ramai. Selain itu, pegawai-pegawai istana ini juga dimestikan untuk tunggu dihadapan pejabat lengkap berpakaian tradisi jawa dan pelancong tidak dibenarkan menghampiri. Setiap barangan yang dipemerkan merupakan koleksi asal sultan dan juga turut dipamerkan lukisan-lukisan sultan yang terawal hingga terkini.


Icon yang ada dipintu masuk istana

Persembahan nyanyian dan seni muzik gamelan oleh pekerja istana kepada pengunjung

Pekerja istana yang dimestikan beratur di hadapan pejabat mereka

Alat untuk dibunyikan ketika berlakunya kebakaran

Group photo di tengah-tengah laman istana

Ini nak tunjukkan senibina tingkapnya yang ada unsur-unsur melayu

Ruang pameran lukisan di dalam kawasan istana

Lukisan sultan dan permaisuri sekarang

Bergambar dengan pekerja istana

Antara bahan yang dipamerkan

Candid camera...rupanya ada peniaga yang mengambil gambar curi ketika mula masuk ke istana...terpaksa beli...huhu

Tidak jauh dari Istana Keraton, kami meneruskan lawatan ke Taman Sari Water Castle atau nama saintifik jawa Situs Taman Sari / Tapak Sejarah Taman Sari. Taman ini dibina oleh raja-raja terdahulu untuk sultan dan keluarganya untuk bermandi manda dan taman ini seakan-akan taman larangan istana Melayu. Menurut sejarah Yogyakarta, dua buah kolam yang dibina ialah untuk raja dan permaisuri dan sebuah lagi untuk gundik-gundiknya. Dahulunya taman sari ini dikelilingi oleh laut dan sultan akan berperahu ke kawasan mandian. Kini disekiling kawasan ini dipenuhi rumah-rumah rakyat yang mana pemilik tanahnya adalah sultan. Di Taman Sari ini juga terdapat terowong yang mana terdapat sebuah masjid kecil dihujungnya. Terowong ini dibina oleh sultan ketika Yogyakarta di dalam tawanan Belanda dan laluan ke terowong ini masih terpelihara cuma masjidnya tidak lagi digunakan. Pembinaan masjid kecil ini menunjukkan kebesaran dan kekuatan Islam tetap teguh meskipun mereka dijajah.



Situs Taman Sari

Pintu masuk Situs Taman Sari

Pokok yang seakan-akan buah dukong ini dibaluti pagar supaya tidak dipetik oleh pengunjung

Group photo ...

Kolam mandi raja dengan permaisuri

Terowong untuk me masjid kecil di bawah tanah

Tanda Kiblat di mana imam akan mengetuai solatnya 

Bentuk kubah masjid yang terletak ditengah-tengah dan makmum akan mengelilinginya.


Seterusnya kami di bawa ke Sonobudoyo Museum Di muzium ini kami disambut  oleh Kepala Muzium Ibu Riharyani, kalau di Malaysia kira Pengarah Muziumla. Di sini acara sedikit formal dengan ucapan aluan oleh Ibu Riharyani dan ucapan oleh Hj. Shaukani dan terus di bawa melawat muzium. Selepas lawatan kami diberi taklimat ringkas mengenai aktiviti permuziuman oleh kepala muzium dan juga diadakan sesi perbincangan. A2P mengambil kesempatan dengan melawat storage muzium ini yang menempatkan kira-kira 63 ribu artifak yang kebanyakkannya terdiri dari topeng dan wayang kulit kerana berdasarkan penerangan oleh Pak Fakir, muzium ini akan mengadakan pertunjukkan wayang kulit setiap malam.  Walaupun banyak kekurangan namun usaha mereka untuk memelihara dan menyimpan artifak dengan baik menunjukkan keperihatinan mereka dengan pentingnya artifak bagi menyingkap sejarah.


Lawatan kami disambut oleh Ibu Riharyani 

Lawatan di bawa oleh dua orang Museum Educator yang menggunakan BM & BI

Antara artifak yang dipamerkan

Wayang kulit merupakan artifak utama di muzium ini

Ukiran di bangunan yang masih dikekalkan dari zaman Belanda

Antara ukiran yang dikekalkan

Perbincangan dan bertukar-tukar pandangan dengan Kepala Muzium

Storage yang menempatkan artifak

Perpustakaan yang dibuka kepada orang ramai

Kami bergambar beramai-ramai dengan Ibu Riharyani dan kakitangannya


Destinasi seterusnya ialah Masjid Gedhe Kauman atau Masjid Besar Kauman yang terletak berhampiran dengan kawasan muzium .Menunaikan kewajipan pada yang Esa disamping melihat rekabentuk dan ukiran di masjid ini yang dibina pada tahun 1773. Kagum dengan senibinanya yang masih utuh dan kehadiran anak-anak muda di masjid ini ketika hampir waktu solat.


Masjid yang dibina pada tahun 1773, masih utuh

Ukiran-ukiran yang masih dikekalkan

For today lawatan terakhir di Museum Benteng  Vredeburg, sebuah kawasan atau bangunan yang ditinggalkan Belanda. Bentuk bangunan seakan2 sama dengan dengan Bangunan Stadhuys di Melaka masih dikekalkan senibinanya dengan adanya terusan.
Kebetulan sewaktu kami ke Vredeburg ini sedang berlangsung Festival Museum 2015 untuk semua muzium-muzium di Jogjakarta.


Pintu masuk Muzium Benteng Vredeburg

Festival yang sedang dianjurkan oleh BARAHMUS 

group photo.....

Muzium Sandi..

Muzium Geoteknologi Mineral

Roket pertama buatan Indonesia


Kami sempat singgah di kedai yang menjual batik disekitar bandar Jogja sebelum makan malam n balik ke hotel. Walaupun perjalanan agak sesak, hasrat untuk ke tempat dituju tidak jadi penghalang. Walaupun acaranya agak santai, at least dapat info perbezaan antara batik Jogja dan solo di mana batik Jogja lebih banyak warna putih berbanding warna coklat untuk batik Solo. Well...cuci mata untuk pembelian batik...walaupun harganya agak mahal...


Jadi model jer..promote batik.

Geng kamceng...jadi pemerhati ...

Inilah hasilnya...lepaskan penat sambil bergambar...

Malamnya kami ke Malioboro Street walaupun penat. Saja berjalan untuk survey dahulu...huhu..Gambarnya akan di upload kemudian ya...A2P akan kumpulkan keseluruhan proses membeli belah di Malioboro Street, tempat yang murah dan mudah..
So....guys tamat story second day lawatan kami...tunggu sambungannya ya..Part III.





No comments:

Post a Comment