Wednesday, January 14, 2015

Melaka dimana segalanya bermula...


Assalamualaikum w.b.t....

Umum mengetahui negeri Melaka adalah sebuah negeri yang mempunyai banyak tinggalan sejarah. Sejarah  yang ditinggalkan merangkumi aspek politik, ekonomi, budaya, etnik dan fizikal bangunan. Bermula dengan Portugis 1511 - 1624, Belanda 1624 -1824 , British 1824-1942 dan Jepun 1942 - 1946 sebelum pembentukan Negeri Selat. Kebanyakan kesan tinggalan penjajah ini lebih dilihat secara fizikal bangunan seperti bangunan Stadhuys, Air Pancut Victoria, Kota A Famosa, Kota Bukit Senjuang, Bastion House dan lain-lain tempat bersejarah yang akan A2P kupas satu persatu.  Kali ini A2P nak kongsi panorama Melaka dahulu dan Melaka sekarang. Sebagai sebuah negeri yang berasaskan pelancongan, pelbagai usaha yang dijalankan untuk mengekalkan momen - momen sejarah agar terus kekal  bagi tatapan generasi akan datang. Berikut dipamerkan gambar Melaka dahulu dan sekarang. Dalam mengimbas sejarah lalu, gambar merupakan elemen penting dalam menerbitkan atau menonjolkan realiti sejarah.

Pelabuhan Melaka

Pelabuhan Melaka merupakan sebuah pelabuhan yang terkenal di Melaka ketika zaman Pemerintahan Empayar Kesultanan Melayu Melaka (bermula dari  Parameswara pada 1400 hingga ke Zaman Sultan Mahmud Shah pada 1511) sebelum jatuh ke tangan Portugis.Kedatangan pedagang-pedagang dari pelusuk dunia menjadikan Pelabuhan Melaka sebagai Pusat tumpuan Perdagangan yang terunggul ketika itu.

Dahulu
Sekarang

Kota A Famosa / Kota Santiago

Kota A Famosa dibina oleh orang-orang Portugis sebagai kubu pertahanan pada tahun 1511 dan telah mengalami kerosakan teruk ketika zaman penjajahan Belanda. Pihak British bercadang untuk memusnahkannya ketika mereka menakluk Melaka tetapi sir Stamford Raffles telah menyelamatkan apa yang tertinggal pada tahun 1808 dan kekal sehingga ke hari ini. Di bahagian atas kota ini terdapat lambang yang menunjukkan ikon-ikon Portugis dan juga Belanda.

Dahulu
Sekarang


Gereja St. Francis Xavier (pandangan dari hadapan)

Gereja ini dibina oleh Paderi Farve, seorang rakyat Perancis pada tahun 1849. Ianya dibina bagi memperingati Paderi St Francis Xavier yang merupakan Mubaligh Sulung di timur. Beliau giat menyebarkan agama Katolik di Asia Tenggara pada abad ke 16. 


Dahulu



Sekarang


Bangunan Stadhuys @ Stadhouse

Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor serta pegawai-pegawai kanan. Bangunan ini merupakan bangunan pertama oleh Belanda dan merupakan bangunan yang tertua di Asia Tenggara. Rekabentuk bangunan memaparkan senibina Belanda pada abad ke 17 melalui ciri-ciri pada dindingnya, batunya yang tebal dan kejur, tingkap dan pintu yang besar dan tebal,  sistem perparitan bawah tanah dan berbumbungkan genting tanah liat. Kini bangunan ini dijadikan Muzium Sejarah & Ethnografi di bawah pentadbiran Perbadanan Muzium Melaka


Dahulu
Sekarang

Sunday, January 4, 2015


Assalamualaikum w.bt.

Agak lama A2P tidak menulis...Ada banyak bahan yang hendak ditulis namun kengkangan tugasan harian yang memaksa. Kali ini A2P nak berkongsi sajak sempena Maulidur Rasul. Perarakan Maulidur Rasul pada 3 Januari 2015 yang lalu turut disertai oleh A2P sendiri..Walaupun negara dilanda pelbagai musibah...perarakan kali ini tetap meriah dengan kehadiran pengunjung dan juga penyertaan amat menggalakkan. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...Berdoalah dan bersyukurlah atas segala nikmat kurniaan dari Yang Maha Esa.

Hayatilah sajak  Salam Maulid

Salam maulidur rasul

Ahlan wa sahlan ya maulid
Ahlan wasahlan ya maulidur rasul
Bulan kemuliaan junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w

Ahlan wa sahlan
Bulan kelahiran nabi kita
Nabi akhir zaman yang diutuskan
Nabi pembawa rahmat kesekelian alam.

Ahlan wa sahlan
Raikan kemenangan dengan penuh kesyukuran
Ayuh amalkan syariat junjungan mulia
Ayuh limpahkan selawat ke atas baginda

Ahlan wa sahlan
Usah biarkan maulid berlalu
Tanpa sebarang usaha dan ikhtiar
Tanpa ucapan selawat dibibir
Tanpa sekelumit ingatan buat baginda

Sesungguhnya baginda amat menyayangi umatnya
Kita tidak harus leka dengan dunia
Hingga lupa melaksanakan perintahNya
Ayuh amalkan berselawat
Agar kita dipayungi syafaat
Didunia dan diakhirat

Nukilan
Arz

11 Januari 2014