Sunday, July 6, 2014

Salam Ramadhan



A2P nak berkongsi sajak dengan pembaca yang budiman...Mengasah bakat yang ada untuk mengukir sebuah ingatan...

KurniaMu

Ya Allah
Aku memohon kurniaMu
Atas segala kesakitan yang di alami
Atas segala keperitan yang dihadapi
Atas segala kesulitan yang di beri

Ya Allah
Aku memohon kurniaMu
Atas setiap dugaan yang kau beri
Atas setiap cubaan ke atas diri
Atas setiap kepayahan yang dialami

Ya Allah
Aku memohon kepadaMu
Kau kurniakanlah sabar kepadaku
Kau hilangkanlah amarah dalam diriku
Kau kurniakanlah rahmat ke atasku

Ya Allah
Aku memohon kepadaMu
Kau lindungilah aku dari segala bahaya
Kau peliharalah aku dengan sifat mahmudah
Kau tunjukkanlah aku dengan rahmatMu

Nukilan rasa
Arz

10 November 2013

Wednesday, June 18, 2014

Seni pualaman......



Assalamualaikum w.b.t.

Kali ini A2P nak berkongsi kisah seni pualaman... tahu tak kengkawan? Seni pualaman merupakan ialah proses membuat corak di mana cat minyak pelbagai warna terapung-apung dipermukaan air dan mewujudkan corak di atas kertas. Teknik pualaman atau marbling ini boleh digunakan dalam poster, grafik dan kulit buku.  Suminahashi merupakan teknik pualaman yang paling lama dikenalpasti. Teknik ini diamalkan di Jepun untuk menghasilkan corak daripada air dan dakwat kalografi.  Tahukah kengkawan teknik ini adalah sangat mudah dan bergantung kepada yang ingin menghasilkan corak. Program yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob ini telah dilaksanakan oleh PERZIM dengan kerjasama BSVN dan Persatuan Pelukis Negeri Melaka pada 14 Jun 2014 di Dataran Sungai Melaka. Aktiviti ini dirasakan sangat menarik dan mudah untuk golongan yang bukan berjiwa seni untuk mencubanya. A2P begitu teruja untuk berkongsi teknik-teknik membuatnya. Sila lihat gambar sebagai panduan jelas untuk melakukannya..Selamat Mencuba...


bekas berisi cat minyak


meletakkan pewarna kedalam minyak untuk mencipta corak


Melekapkan kertas di atas corak

Corak yang telah dihasilkan


Lukisan dijemur untuk dikeringkan


antara contoh corak seni pualaman yang dihasilkan


TYT Tun Mohd Khalil Yaakob hadir merasmikan bengkel

Monday, June 16, 2014

Skill sajak.....

Assalamualaikum w.b.t.

Saja-saja mempamer next skill mencipta sajak untuk tatapan bersama..Sama-sama berkongsi kisah di dalam sajak...

Hati

Kata hati menguji minda berfikir
Adakah fikiran waras atau sebaliknya
Fikiran waras bakal menjana kemantapan
Fikiran kusut boleh mengundang kemusnahan

Kadang kala hati berbicara sendiri
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
Apakah tidak cukup perhatian diberi
Atau kurang memberi
Menjadikan hati sering berbicara sendiri

Jiwa yang berfikiran negatif
Mengundang benak dijiwa
Bisa merobek hati yang luka
Bisa menyiat tangkai hati
Menjadikan jiwa sering diamuk resah

Hanya padaMu hati dirayu
Hanya padaMu hati merintih
Hanya padaMu hati berserah
Semoga terhindar segala kekusutan
Semoga terpelihara segala kekuatan
Semoga jiwa bisa tenang

Nukilan rasa
Arz

19 Oktober 2013

Wednesday, June 11, 2014


Kali ini A2P nak kongsi sajak yang A2P garap sendiri...Sajaknya tidaklah terlalu puitis tapi mengandungi makna-makna yang hanya akan difahami oleh yang mengalami...Well...


Penantian

Penantian membuat kita derita
Benarlah kata pepatah penantian suatu penyiksaan
Penantian kadang kala mendukacitakan

Menanti mengharap menunggu jawapan
Pasti atau tidak
Menanti dan terus menanti
Kala harapan akan tertunai
Atau harapan tinggal harapan

Aahhh.....
Rasa penat menanti
Rasa penat menunggu
Kala hati berlagu sendiri
Kala hati berdendang shahdu

Menanti dan terus menanti....

Nukilan rasa
Arz
21 Oktober 2013

Manuskrip Melayu

Assalamualaikum w.b.t....

Dah agak lama juga A2P tak up date blog..sebenarnya kengkangan waktu dan kerja-kerja yang banyak menyebabkan banyak siaran yang tertunda...haha..
Kali ini A2P nak berkongsi dengan semua pembaca mengenai Manuskrip Melayu. Sebenarnya minat nak buat kajian mengenai manuskrip Melayu telah lama tertanam di dalam jiwa cuma masa begitu mencemburui....tapi kita tak boleh la kan nak salah masa sebab kita sebenarnya yang kawal masa....Well kali A2P share dengan semua pembaca bengkel konservasi manuskrip yang dianjurkan oleh PERZIM dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia. Bengkel yang diberi tajuk Bengkel Konservasi Manuskrip dan asas Penjilisan ini telah diadakan pada 21 hingga 22 November 2012 bertempat di Dewan PERZIM bagi memberi gambaran terkini kepada peserta mengenai cara-cara melaksanakan konservasi ke atas manuskrip dalam memastikan manuskrip dijaga dengan sempurna. Selain dari itu, bengkel ini juga membuka lembaran baru dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan disiplin permuziuman dalam aspek penjagaan koleksi, proses baikpulih koleksi dan konservasi preventif (pencegahan). Pemeliharaan koleksi ini perlu bagi mengekalkan koleksi dalam keadaan baik untuk dimanfaatkan oleh pengguna secara berterusan. 

Dalam bengkel ini juga, A2P dapat mempelajari dan mengetahui teknik dan bahan yang digunakan seperti Acid free board,  kraft paper, crompton tissue, tacking iron, abrex polyster dan pelbagai lagi bahan untuk memulihara koleksi. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan rosaknya sesebuah manuskrip seperti: 
1) persekitaran
2) cahaya
3) serangga perosak
4) sikap
5) manusia
6) bencana alam

Antara perkara asas yang perlu dilaksanakan ke atas pemuliharaan manuskrip Melayu ialah :
i) Pembaikan tisu iaitu dengan membaikpulih keadaan fizikal asal yang reput / rapuh, kandungan asid dan dakwat yang berkemungkinan luntur dengan menggunakan bahan-bahan bebas asid melalui proses pembersihan, awetan, pelapisan dan scoring.
ii) Pembaikan Leafcasting pula dengan membaikpulih fizikal asalnya yang masih sempurna, dakwat tidak luntur, kandungan asid yang rendah dan hanya mempunyai lubang pada permukaan dengan menggunakan bahan-bahan bebas asid melalui proses pembersihan, awetan dan mesin leafcaster / hydraulic press.

Pengalaman membuat kerja-kerja pemuliharaan ini benar-benar membuatkan A2P teruja untuk terus mendalami tekniknya selain mengetahui mengenai tahun sebenar manuskrip ditulis. Cara-caranya akan A2P tulis di masa akan datang..

Gambar-gambar ini disertakan untuk tambahan makluman kerana kadang-kadang melalui gambar kita lebih memahami.

Antara peralatan yang digunakan

Surgical knife


Pelbagai saiz brush

Antara teknik-teknik yang dipelajari :



Teknik proses pelapisan dengan machine made roll tissue



Pengeringan


Scoring