Kembara Ilmiah (Part IV)
Assalamualaikum w.b.t
Hari keempat di Jogja-Solo memberi A2P semangat yang lebih berkobar-kobar untuk menjelajah dan menyelusuri kembara ilmiah ke Jogja-Solo. Jadual lawatan hari ini yang padat kerana pada hari ini kami menerima undangan dari Radio Q 88.3 fm. A2P dan YDP PSMM akan diwawancara mengenai aktiviti persatuan dan aktiviti permuziuman bersama dengan En Uul Jihadan dan Mayor Sus Ayi Supriadi, wakil Ketua Badan Musyawarah Museum Daerah Istimewa Yogyakarta (BARAHMUS DIY). First time di wawancara...memang rasa takut tu wujud tapi akhirnya dapat dilaksanakan. Bual bicara ini lebih tertumpu kepada hubungan kerja dua hala dari segi permuziuman serta mewujudkan hubungan dua hala.
Next kami ke Salak Fruit Plantation yang terletak di Kampung Kaliurang. Di sini A2P berpeluang untuk melihat sendiri ladang penanaman salak yang dilaksanakan secara individu. Hasil tanaman ini dijual sendiri oleh pengusaha ladang dikawasan berhampiran. Buah salak yang murah dan manis menjadikan tempat ini sering dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara.
Ketika sesi mewawancara Pak Uul - gementar plak rasanya |
Penyampaian cenderamata |
Konti radio |
Pak Ayi |
Penyerahan cenderamata dari PSMM |
Group photo |
Next kami ke Salak Fruit Plantation yang terletak di Kampung Kaliurang. Di sini A2P berpeluang untuk melihat sendiri ladang penanaman salak yang dilaksanakan secara individu. Hasil tanaman ini dijual sendiri oleh pengusaha ladang dikawasan berhampiran. Buah salak yang murah dan manis menjadikan tempat ini sering dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara.
Lambakan buah salak |
Buah salak madu |
Pokok buah salak |
Alat penimbang lama yang digunakan |
Inilah buah salak..hehehe |
Yang da buka n belum buka |
Kembara ilmiah A2P diteruskan dengan melawat Museum Gunung Api Merapi yang terletak di daerah Sleman Yogyakarta. Muzium ini mempamerkan peralatan untuk mengesan gegaran, peralatan yang musnah, batu-batu kesan letusan lava gunung berapi. Tujuan penubuhannya ialah untuk memberi penerangan kepada penduduk setempat mengenai gegaran yang akan dan telah berlaku serta kesannya kepada penduduk setempat disamping memberi pengetahuan am kepada semua pelancong yang datang ke muzium ini. Selain penerangan mengenai gunung berapi dipamerkan, muzium ini juga membuat replika gunung merapi bersekali dengan audio gegarannya. Tarikan interaktif gegaran gunung berapi dan juga pergerakan ombak tsunami menarik minat setiap pengunjung di muzium ini.
Penerangan oleh Museum Educator |
Batu kesan dari letusan gunung berapi |
Motorsikal yang terkena lahar gunung berapi |
Replika gunung merapi yang dibina ditengah ruang pameran |
Alat untuk mengesan radar gegaran gunung berapi |
Penyampaian cenderamata |
macam biasa,,, group photo |
Kembara kami seterusnya ke Ullen Sentalu Museum yang terletak di daerah Kaliurang Barat kira-kira 30 km dari Yogyakarta. Muzium swasta ini ditubuhkan oleh Pak Daniel Haryono ini menyingkap sejarah pemerintahan beraja di Yogyakarta bermula dengan potret, manuskrip, sosio budaya hidupan raja, koleksi peribadi, budaya dan pakaian diraja. Muzium yang berkonsepkan taman dengan bangunannya yang bercirikan rekabentuk Belanda ini merupakan muzium yang terbaik di Indonesia dan menggunakan batu tinggalan letusan gunung berapi. Setiap artifak yang dipamerkan adalah amat bernilai tinggi dan pengunjung tidak dibenarkan merakam gambar dalam kawasan muzium.
pintu masuk muzium Ullen Sentalu |
Laluan masuk ke muzium....dalamnya tak boleh ambil gambar...percaya atau tidak, tembok batu di muzium ini dibina dari lahar gunung berapi |
Muzium dalam taman |
Pemilik muzium Pak Haryono |
Sesi penyampaian cenderamata |
Bergambar beramai-ramai |
Bagi menyelami suasana kawasan yang pernah dilanda gegaran gunung berapi, A2P dan group ke Kampung Cangkringan yang terletak di kaki gunung Merapi. Kami berjalan kaki kira-kira 10 meter untuk sampai ke kawasan berhampiran bagi melihat sendiri kesan-kesan tinggalan letusan Merapi. Masih terdapat sisa-sisa rumah yang musnah, sungai yang kering, batu lava dan awan yang masih ada kesan dari letusan. Namun batu-batu ini boleh digunakan semula untuk membina rumah dan juga dijadikan ukiran patung oleh penduduk setempat. Laluan untuk ke kaki gunung merapi juga telah dibina bagi emeberi peluang kepada pelancong untuk ke kaki gunung dan pengangkutan yang disediakan ialah kenderaan jenis jip/
Pemandangan Gunung Merapi dari bawah |
Rumah-rumah yang musnah kesan lahar gunung berapi |
Batu-batu kesan dari letusan lahar gunung berapi |
Sungai yang kering dan musnah akibat lahar gunung berapi |
Kami bergerak ke Candi Prambanan yang merupakan kuil untuk penganut agama Hindu. Candi yang dibina pada abad ke 9 ini masih kukuh berdiri dan telah mendapat pengiktirafan dari UNESCO sebagai tapak warisan dunia pada tahun 1991. Candi ini asalnya mempunyai 240 buah kuil dan kini tinggal 18 buah sahaja kesan dari gempa bumi. Batu-batu candi yang runtuh masih ada dikawasan ini dan tidak dibina semula kerana banyak stukturnya yang hilang. Walaupun hari telah berinjak senja, lawatan tetap diteruskan dengan penuh semangat bagi memenuhi jadual yang dirancang dan untuk meneroka senibina yang masih kukuh ini. Well korang boleh melihat gambar-gambarnya yang menarik...ermm menarik ke..memang menarik..
Candi Prambanan yang masih berdiri kukuh |
Terdapat candi yang telah runtuh kesan dari gegaran letusan gunung berapi dan batu-batunya masih dikekalkan |
Patung yang sinonim dengan penganut hindu semestinya terukir di setiap sudut candi ini |
Ukiran lembu di letakkan di dalam salah satu candi sebagai lambang keagamaan masyarakat beragam hindu |
Bergambar beramai-ramai berlatarbelakangkan candi |
walaupun penat kami mendaki juga...tak nak lepaskan peluang yang ada.. |
Nama-nama yang diberi pada setiap candi |
Malamnya kami sekali lagi ke Malioboro Street untuk mendapatkan cenderahati bagi family n friends di Malaysia. Walaupun perjalanannya hanya mengambil masa 5 ke 10 minit, kami tetap ingin merasa menaiki kereta kuda dan beca. Uniknya beca-beca disini kebanyakannya telah diubahsuai dengan menggunakan motorsikal bagi memudahkan pergerakan dengan tambang murah Rp 8,000 manakala kereta kuda ialah Rp 20,000.
The last day trip, kami menerima undangan dari Mayor Adi untuk melawat Museum Pusat TNI AU Dirgantara Mandala. Sebelum itu kami ke Pasar Beringharjo yang terletak berhampiran dengan Maliboro Street kerana flight kami pada jam 4.15 petang. Walaupun telah membeli belah di Malioboro, kesempatan yang ada tetap di penuhi sebaiknya agar tidak ralat..hahaha..sebuah pasar yang agak murah dan menjual pelbagai barangan yang lebih menarik.
Selepas check out, kami meneruskan lawatan terakhir ke Museum Pusat TNI AU Dirgantara Mandala yang terletak berhampiran dengan lapangan terbang.Walaupun A2P da tak sabar rasannya nak balik ke Malaysia lawatan tetap diteruskan dan disambut oleh Pak Yuto Nugroho. Rupa-rupanya muzium ini terletak di dalam kawasan tentera udaranya. Setibanya di dalam kawasan muzium yang dikawal penuh oleh tentera Indonesia ini, A2P terpandangkan pintu masuk muzium yang dipenuhi dengan pengunjung yang rata-ratanya terdiri dari anak-anak yang masih bersekolah. Teruja dengan sikap mereka yang lebih menghargai muzium. Muzium ini letaknya berhampiran dengan terminal air port di Jogjakarta.
Last posing depan hotel sebelum check out |
Hehehe...bergambar dengan staf hotel kat restaurant |
Kak N dan Kak Nora posing kat kitchen |
Selepas check out, kami meneruskan lawatan terakhir ke Museum Pusat TNI AU Dirgantara Mandala yang terletak berhampiran dengan lapangan terbang.Walaupun A2P da tak sabar rasannya nak balik ke Malaysia lawatan tetap diteruskan dan disambut oleh Pak Yuto Nugroho. Rupa-rupanya muzium ini terletak di dalam kawasan tentera udaranya. Setibanya di dalam kawasan muzium yang dikawal penuh oleh tentera Indonesia ini, A2P terpandangkan pintu masuk muzium yang dipenuhi dengan pengunjung yang rata-ratanya terdiri dari anak-anak yang masih bersekolah. Teruja dengan sikap mereka yang lebih menghargai muzium. Muzium ini letaknya berhampiran dengan terminal air port di Jogjakarta.
Pintu masuk Muzium TNI |
Pak Yuto memberi penerangan mengenai muzium tentera |
Antara artifak yang dipamerkan |
Kapal terbang jaws |
Group photo |
Replika kapal terbang yang putus dua ketika perang yang dinaiki oleh TNI AU |
Antara kamera-kamera yang digunakan dalan jet pejuang |
Selepas makan tengahari dengan masakan Padang, kami terus bergerak untuk kelapangan terbang. Sebuah lapangan terbang yang kecil namun teratur dari segi check in lugage dan lain-lain...sesi posing masih diteruskan hinggalah tiba di KLIA 2 pada jam 8.30 malam.
Sugeng rawah - tak tau maknanya..hehehe |
Sugeng tindak - selamat tinggal, da nak balik |
Timbang beg |
Da masuk flight - thanks kak N |
Alhamdulillah selamat sampai di destinasi dengan selamat. A2P merasakan pengalaman yang dikutip ketika berada di Jogjakarta adalah sangat isttimewa dan memberi pengetahun baru terutamanya dari segi permuziuman. Memang dah lama nak tengok sendiri keunikan Borobudor..akhirnya dapat dilunaskan, Alhamdulillah... Terima kasih juga buat teman-teman PSMM memberikan kerjasama yang baik walaupun ini kali pertama bertemu dan bermesra. Sesungguhnya pengalaman pertama ini sangat mengujakan dan nak pergi kali kedua kalau berpeluang...hehehe...
TAMAT
TAMAT
No comments:
Post a Comment