Thursday, October 22, 2015

Oceanarium...the shore


Assalamualaikum w.b.t.

Cuti sempena birthday TYT Melaka.ke 77 yang lalu....9 Okt 2015..ermm ke mana eh...last2 kami sekeluarga berkunjung ke The Shore disebabkan ada tiket free utk kanak2 n 20% untuk dewasa. The Shore merupakan ikon pelancongan terbaru di negeri bertuah  Melaka; sebuah aquarium gergasi yang terletak di tingkat 2 bangunan Hotel Swiss Garden. Seronok melihat anak2 gembira melihat hidupan laut antaranya pelbagai jenis ikan, batu karang, penyu, tapak sulaiman dan serangga.

Sebelum lawatan..amik pic dulu

Layan anak2 

Sepanjang lawatan, pelawat diberi soalan dan hanya boleh menjawab dengan menggunakan cap yang disediakan saja...mak dia yang tolong buatkan

Asyraaf teruja tengok ikan...Alin posing lak..

Perkampungan penyu...si kecik pun seronok


Selepas melawat aquarium gergasi ini kami meneroka the shore sky tower yang terletak di tingkat 42..bangunan yang sama. Pengalaman yang seronok walaupun ada rasa takut terutamanya bila pijak di lantai cermin. Seram jugak tapi best..selain bergambar anda blh meneropong bandar Melaka melalui teropong n ada jugak interaktif peta kedudukan Melaka. Uniknya di sini ialah kita dapat melihat seluruh bandar Melaka..jom kita explore gambarnya...

Ni tempat yang paling gerun sekali.....pijak cermin jer...berdegup laju ....


Kiosk informasi yang disediakan untuk kegunaan pelawat...menarik 

Teropong yang disediakan untuk melihat jarak jauh








No comments:

Post a Comment