Wednesday, June 11, 2014

Manuskrip Melayu

Assalamualaikum w.b.t....

Dah agak lama juga A2P tak up date blog..sebenarnya kengkangan waktu dan kerja-kerja yang banyak menyebabkan banyak siaran yang tertunda...haha..
Kali ini A2P nak berkongsi dengan semua pembaca mengenai Manuskrip Melayu. Sebenarnya minat nak buat kajian mengenai manuskrip Melayu telah lama tertanam di dalam jiwa cuma masa begitu mencemburui....tapi kita tak boleh la kan nak salah masa sebab kita sebenarnya yang kawal masa....Well kali A2P share dengan semua pembaca bengkel konservasi manuskrip yang dianjurkan oleh PERZIM dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia. Bengkel yang diberi tajuk Bengkel Konservasi Manuskrip dan asas Penjilisan ini telah diadakan pada 21 hingga 22 November 2012 bertempat di Dewan PERZIM bagi memberi gambaran terkini kepada peserta mengenai cara-cara melaksanakan konservasi ke atas manuskrip dalam memastikan manuskrip dijaga dengan sempurna. Selain dari itu, bengkel ini juga membuka lembaran baru dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan disiplin permuziuman dalam aspek penjagaan koleksi, proses baikpulih koleksi dan konservasi preventif (pencegahan). Pemeliharaan koleksi ini perlu bagi mengekalkan koleksi dalam keadaan baik untuk dimanfaatkan oleh pengguna secara berterusan. 

Dalam bengkel ini juga, A2P dapat mempelajari dan mengetahui teknik dan bahan yang digunakan seperti Acid free board,  kraft paper, crompton tissue, tacking iron, abrex polyster dan pelbagai lagi bahan untuk memulihara koleksi. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan rosaknya sesebuah manuskrip seperti: 
1) persekitaran
2) cahaya
3) serangga perosak
4) sikap
5) manusia
6) bencana alam

Antara perkara asas yang perlu dilaksanakan ke atas pemuliharaan manuskrip Melayu ialah :
i) Pembaikan tisu iaitu dengan membaikpulih keadaan fizikal asal yang reput / rapuh, kandungan asid dan dakwat yang berkemungkinan luntur dengan menggunakan bahan-bahan bebas asid melalui proses pembersihan, awetan, pelapisan dan scoring.
ii) Pembaikan Leafcasting pula dengan membaikpulih fizikal asalnya yang masih sempurna, dakwat tidak luntur, kandungan asid yang rendah dan hanya mempunyai lubang pada permukaan dengan menggunakan bahan-bahan bebas asid melalui proses pembersihan, awetan dan mesin leafcaster / hydraulic press.

Pengalaman membuat kerja-kerja pemuliharaan ini benar-benar membuatkan A2P teruja untuk terus mendalami tekniknya selain mengetahui mengenai tahun sebenar manuskrip ditulis. Cara-caranya akan A2P tulis di masa akan datang..

Gambar-gambar ini disertakan untuk tambahan makluman kerana kadang-kadang melalui gambar kita lebih memahami.

Antara peralatan yang digunakan

Surgical knife


Pelbagai saiz brush

Antara teknik-teknik yang dipelajari :



Teknik proses pelapisan dengan machine made roll tissue



Pengeringan


Scoring



No comments:

Post a Comment