Sunday, January 4, 2015


Assalamualaikum w.bt.

Agak lama A2P tidak menulis...Ada banyak bahan yang hendak ditulis namun kengkangan tugasan harian yang memaksa. Kali ini A2P nak berkongsi sajak sempena Maulidur Rasul. Perarakan Maulidur Rasul pada 3 Januari 2015 yang lalu turut disertai oleh A2P sendiri..Walaupun negara dilanda pelbagai musibah...perarakan kali ini tetap meriah dengan kehadiran pengunjung dan juga penyertaan amat menggalakkan. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya...Berdoalah dan bersyukurlah atas segala nikmat kurniaan dari Yang Maha Esa.

Hayatilah sajak  Salam Maulid

Salam maulidur rasul

Ahlan wa sahlan ya maulid
Ahlan wasahlan ya maulidur rasul
Bulan kemuliaan junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w

Ahlan wa sahlan
Bulan kelahiran nabi kita
Nabi akhir zaman yang diutuskan
Nabi pembawa rahmat kesekelian alam.

Ahlan wa sahlan
Raikan kemenangan dengan penuh kesyukuran
Ayuh amalkan syariat junjungan mulia
Ayuh limpahkan selawat ke atas baginda

Ahlan wa sahlan
Usah biarkan maulid berlalu
Tanpa sebarang usaha dan ikhtiar
Tanpa ucapan selawat dibibir
Tanpa sekelumit ingatan buat baginda

Sesungguhnya baginda amat menyayangi umatnya
Kita tidak harus leka dengan dunia
Hingga lupa melaksanakan perintahNya
Ayuh amalkan berselawat
Agar kita dipayungi syafaat
Didunia dan diakhirat

Nukilan
Arz

11 Januari 2014

No comments:

Post a Comment