Tuesday, November 3, 2015

Jogjakarta - Solo


Assalamualaikum wbt...

Kembara Ilmiah (Part 1)

Hai korang semua, kali ini A2P nak share kembara ilmiah sambil melancong ke negara jiran, Indonesia. Ketika Melaka dilanda jerebu yang agak kritikal, bandar Jogjakarta bersih dari cuaca jerebu, aku berpeluang utk melancong sambil meneroka Jogjakarta - Solo pada 14 - 18 Okt 2015 melalui Program Lawatan Ilmiah anjuran PSMM. Semangat yang berkobar-kobar untuk mengembara menyebabkan tidurpun tidak lena kerana kami harus berkumpul seawal 4.30 pagi . Penerbangan kami pada jam 9.15 pagi menyebabkan kami perlu bertolak awal dari Melaka ke KLIA2. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..Kami menaiki pesawat Air Asia AK 346 dengan jumlah peserta seramai 12 orang yang terdiri daripada Yang di Pertua, Timbalan Yang di Pertua dan AJK serta ahli-ahli.


Sebelum bertolak dipintu masuk berlepas

Di awan biru..

Sampai di Jogjakarta jam 11.20 waktu Malaysia, kami disambut oleh Pak Fakir, tour guide kami di Jogja bersama pemandu vannya Pak Nanang. Kami terus di bawa ke Restoran Sekar Kedhaton untuk makan tengahari. Makanan direstoran ini lebih kepada masakan jawa yang manis-manis belaka namun masih boleh diterima. Sambil-sambil menikmati juadah tengahari, kami disajikan dengan pertunjukkan wayang kulit dalam bahasa Jawa yang kebetulan dimainkan setiap Hari Rabu. Antara buah-buahan yang disajikan ialah buah salak yang merupakan tanaman utama di sini.  Persekitaran restorannya yang cantik menjadikan A2P teruja dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar selain lengkap dengan Musolla dan Tandas semestinya.

Signage restoran

Ukiran dipintu masuk ke restoran

Persembahan wayang kulit

Selepas makan dan solat, kami ke Bengkel Ansor's Silver (bersebelahan restoran) untuk mengetahui cara pembuatan yang dihasilkan dari perak seperti cindin, kerongsang, rantai, gelang dan pelbagai barang lain. Teruja dengan kreativiti pekerja selain layanan dari tourguide bengkel ini dalam menunjukkan usaha-usaha yang dilaksanakan di bengkel ini..Selain pameran, bengkel ini turut terdapat gerai jualan yang menjual pelbagai produk dan salah satunya batik..pada kebanyakan cenderahati yang dijual.Memang teruja..

Salah seorang pekerja sedang mengukir perak untuk dibuat cincin

Tourguide kami menunjukkan cara-cara perhiasan wanita di cuci dengan buah lerak.

Buah lerak..

Cuci mata melihat keronsang yang dibuat dari perak .Anggaran harga dari 60,000  ke 400,000 rupiah

Beergambar di cenderamata yang dijual

Than kami ke Candi Borobudur yang terletak di daerah Jawa tengah. Candi ini mempunyai 151 anak tangga dgn ketinggian 35 m...begitu mengujakan..walau penat mendaki tapi puas kerana sampai ke puncak.  tapak sejarah ini telah di wartakan sebagai tapak warisan dunia pada tahun....mempunyai 505 patung budha dan 72 buah stupa, tapak ini pernah dilanda banjir. Paling menarik batu baru yang digantikan ditapak ini di letakkan paku kira2 2 inci sebagai tanda asal dan tambahan. Candi ini sememangnya mencabar kerana kami perlu memanjat 151 anak tangga untuk menikmati candi yang diwartakan di bawah UNESCO pada tahun 1991. Pelbagai rasa timbul semangat, penat, teruja, gembira dan yang paling penting gembira kerana akhirnya sampai ke puncak candi...Huh....

Cabaran memanjat bermula...chaiyok2 semua

YDP kami Haji Shaukani...hahaha penat....

Bergambar melepas lelah di layer pertama... Penat tak yah nak cakap ler

Cabaran ke next layer..tangga yang agak curam tapi akhirnya semua sampai...usia bukan penghalang

Batu asal dan batu tambahan dibezakan dengan meletakkan paku sedalam 2 inci dibatu..you see the girls show you..haha

Stupa yang masih berdiri teguh walaupun dibina pada abad ke 8 masehi

Group photo (stupa-stupa)

Yeah..gambar menunjukkan pemandangan gunung-ganang dibelakang...

Ukiran yang terdapat dicandi

Buah Majahpahit, yang ditanam di lereng bukit untuk ke candi...nama Majapahit diambil dari pokok ini





Sebaik turun dari candi, kami dikejar oleh penjual-penjual yang menjual pelbagai cenderamata antaranya keychain, magnet peti sejuk, kipas, replika beza, kasut dan pelbagai lagi oleh penjual bebas. Dalam kepenatan kami tidak melayan tapi masih terus diekori..akhirnya ada juga yang membeli kerana kasihan melihat kesungguhan mereka.

Penjual merayu supaya membeli barangan jualan mereka

Kak rahimah, timbalan YDP...akhirnya membeli jugaaa...

Kitaorang posing...bukannya beli..sabor je la...



Than kami ke candi yang kedua iaitu Candi Mendut dan ketiga, Candi Pawon namun cuma melihat dari dalam van kerana kepenatan. Perjalanan hari pertama tamat dengan makan malam n check in hotel kerana semuanya tidak.mahu melihat pertunjukkan wayang kulit. Kami.menginap di Hotel Harper Mangkabumi sebuah hotel ekslusif bertaraf 4 bintang..sangat selesa dan puas hati..


Pintu masuk hotel

Dalam lift...sempat selfie

Tempat beradu



Tamat cerita first day...second daynya story...next time ya...tungguuuu...banyak lagi citer-citer menarik...




No comments:

Post a Comment