Sunday, July 10, 2016

Jogjakarta-Solo


Kembara Ilmiah (Part III)

Assalamualaikum w.b.t


Hari ketiga kembara ilmiah meletakkan diri dalam keadaan zon selesa dengan persekitaran, makanan,cuaca dan sahabat-sahabat yang mengikuti kembara ini.Hari ini kami di bawa ke daerah Solo yang mengambil masa kira-kira 2 jam dari daerah Jogjakarta. Sebuah daerah yang bersih dan cantik, di sini kami di bawa ke Kampung Batik Laweyan. Kampung ini menempatkan pelbagai kedai yang menjual pelbagai jenis batik buatan Solo. Pak Fakir membawa kami ke Rumah Batik dan Batik Putra Begawan. Selain membeli belah untuk cenderamata kami dapat mengetahui perbezaan batik buatan Jogja dengan batik buatan Solo dimana batik Solo lebih kepada warna coklat manakala batik Jogja cenderung dengan warna putih.

Deretan kedai di Kampung Batik Laweyan

Tu diaa..banyaknya batik...tak tau nak pilih

Nak yang ni ke yang ni..hish2 tolong pilihkan..huhu

Sebelum apa2 kita posing dulu..kikiki..batik2 mai ler beli

Cantik tak batik saya

Than kami ke destinasi seterusnya ke muzium yang tertua di Indonesia iaitu Muzium Radya Pustaka. Muzium yang terletak di daetah Solo ini merupakan sebuah bangunan tinggalan penjajah Belanda dan di beli oleh Raja Boewono ke 10 untuk dijadikan muzium pada tahun 1890. Muzium ini banyak.mempamerkan tulisan Jawa Kuno melalui manuskrip, mesin taip tulisan Jawa Kuno, senjata, wayang kulit dan batik. Ukiran-ukiran seni masyarakat Jawa banyak dipamerkan di Muzium ini. Seni ukiran di dinding muzium juga masih dikekalkan menunjukkan ada dikalangan orang-orang Belanda yang gemarkan seni ukiran..Foto-fotonya untuk tatapan..


Ibu Yanti menyambut kedatangan kami

Antara artifak yang dipamerkan



Seni ukiran di dinding yang masih dikekalkan

Mesin Taip tulisan Jawa Kuno

Pusat penyimpanan manuskrip dan penjilidan merupakan sebahagian aktiviti di muzium ini

Muzium dan pendidikan berpisah tiada....mini perpustakaan yang dibuka kepada orang ramai

Semua delegasi bergambar...cheh wah..huhu


Seterusnya kami di bawa ke Pasar Antik Triwindu yang menjual pelbagai barangan antik seperti porselin lama, alat perhiasn diri, lampu lama, perlatan memasak, teko lama dan pelbagai lagi koleksi antik. Memandangkan tiada agenda untuk membeli barang - barang antik..kami terus ke Pasar Klewar, sebuah pasar 3 tingkat yang menempatkan pelbagai barangan jualan. Pasar yang seakan-akan Pasar Payang ataupun Pekan Rabu ini menjadi tumpuan pelancong untuk membeli cenderamata.

Pasar Triwindu - pusat menjual pelbagai barangan antik

Bergambar melepaskan lelah...

Antara barangan yang dijual

Sesi posing kat aksesori wanita...alamak mata tertutup plak...terujaa...

Sebelum berangkat pulang ke Jogja, kami di bawa merentasi Sungai Begawan Solo yang amat popular di Solo hinggakan terciptanya lagu irama keroncong yang digubah oleh Gesang Berjudul Begawan Solo.

Begawan Solo

Begawan Solo
Riwayatmu ini
Sedari dulu jadi
Perhatian Insani...

Musim kemarau
Tak seberapa airmu
di muzium hujan air...
Meluap sampai jauh

Mata airmu dari Solo
Terkurung gunung seribu
Air meluap sampai jauh
Dan akhirnya ke laut..

Itu perahu
Riwayatnya dulu
Kaum pedagang selalu
Naik itu perahu..

Kalau nak menyanyi...cari muziknya di You tube....Best gak dengar irama keroncong ni...

Sebelum balik ke hotel seperti biasa kami di bawa makan hidangan Solo di Restoran Forest Kitchen & Gelato..nama ala-ala barat tapi makanannya tradisonal.

Frontliner yang menyambut mesra kedatangan kami ke restoran

Share deko restoran yang sweet sangat...ahaaaks

Malamnya kami ke Malioboro Street , syurga membeli belah dengan harga yang amat murah di sekitar bandar Jogja. Walaupun tempatnya berhampiran hotel, kami memilih untuk menaiki becak semasa pergi dan menaiki kereta kuda ketika balik. Seronok rasanya walapun rata-rata yang mengayuh becak ini warga tua, terdapat juga anak muda yang meng"upgrade" becak mereka dari kayuhan kepada motoran...

Antara barang yang dijual 

Pilih2 jangan tak pilih

Ini tangkapan malam pertama ....hehe

Becak yang kami naiki RP5,000

Well A2P stop di sini dulu..kita continued dengan Part IV kembara ilmiah...


No comments:

Post a Comment