Saturday, March 28, 2020

Perjalanan kerja di Jakarta

Assalamualaikum semua...

Lama tidak bersiaran kerana kesibukan kerja yang tak pernah habis..lebih-lebih lagi pada penghujung tahun..perlbagai urusan harus dibereskan mengikut prosedur yang diarahkan.
Tanggal 21 November 2018 aku diberi peluang untuk ke Jakarta buat kali kedua selepas 5 tahun. Penubuhan Galeri Melaka di Jakarta memberi A2P kesempatan untuk melaksanakan kerja inventori aset dan artifak.
Wah..KLIA da upgrade...agak lama x menaiki kapal terbang last sekitar tahun 2015.





A2P menetap di Hotel La Grandeur yang terletak di tengah-tengah ibukota Jakarta, Indonesia. Sebuah hotel yang cantik dan selesa serta security yang sangat baik. 




First day sampai tentunya check in dan makan malam di De Teko sebuah restoran yang sering dikunjungi pelancong yang menghidangkan makanan ala2 solo seperti nasi ayam penyet, ayam bakar, tahu pa dan pelbagai masakan enak dengan harga berpatutan..A2P  makan nasi ayam bakar dengan harga 33,000 rupiah dan kalau diconvert ke ringgit malaysia sekitar RM 12.00 gitu...harganya tidak jauh berbeza dari Malaysia...gitu..hehe. Deko dan hiasan restorannya yang menarik menjadikan A2P dan sahabat begitu teruja untuk menikmati makan malam kami di sini. so..uolls kalau ke Jakarta boleh singgah di restoran nie...




tahu goreng
Hari kedua kami ke galeri Melaka yang terletak di Jalan Fatahilah dan berada di kawasan yang dikelilingi oleh muzium - muzium lain Indonesia seperti Muzium sejarah Jakarta atau dikenali dengan nama Muzium Fatahillah, Muzium Wayang, Muzium Matawang dan pelbagai lagi. Sebelum ini, Galeri Melaka terletak di Jalan Melaka dan lokasinya yang tidak strategik menjadikan galeri ini tidak diketahui malah tourguide yang membawa kami ketika awal pembukaannya sesat...inikan pula kami yang dari negara luar. Diharap dengan perubahan lokasi Galeri ini yang terletak di dalam bangunan Pos Indonesia dan di kawasan terletaknya muzium-muzium lain, galeri ini lebih diketahui oleh penduduk Indonesia.

Tujuan galeri ini dibuka untuk mempromosi Melaka sebagai produk pelancongan atau lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Galeri ini boleh dikunjungi secara percuma 



A2P bersama sahabat dan staff Galeri Jakarta Wulan & Rian

Antara produk Melaka yang kami bawa untuk jualan

Pameran dalam galeri

Bismillahirrahmanirrahim...GALERI MELAKA DIBUKA
our staff..menandatangi dokumen pentadbiran

antara artifak yang dipamerkan

Briefing oleh Puan Farah

Secara rasminya, serahan kunci galeri dan pembukaan galeri


A2P dan rakan berkesempatan berkunjung ke Muzium Sejarah Jakarta dan merasa kagum kerana masih terdapat artifak tinggalan Belanda seperti almari Belanda dengan saiz yang agak besar. Seni binanya tidak jaub berbeza dengan bangunan stadhuys yang terletak di Melaka.Tiket masuk berharga 5,000 Rupiah.






Artifak tinggalan Belanda turut dipamerkan - artifak ini juga berada di bawah koleksi PERZIM




Kami habiskan masa di sekitar kawasan Fatahillah dengan bergambar di kawasan sekitarnya. Lokasi yang menarik dan menjadi kunjungan penduduk tempatan. So nikmatilah our moment di kawasan sekitarnya yang dirasakan menarik and jangan lupa kunjungi galeri kami yer....




antara aktiviti yang terdapat dikawasan ini

Oppss jom naik bajai dulu - merupakan kenderaan yang popular di bandar Jakarta kerananya bandarnya yang MACET setiap hari..


menikmati makan tengahari di restoran masakan padang..tengok lauknya..so many

Selesai kerja...petangnya diisi dengan agenda wajib bagi.kaum hawa..."shopping" hehe...pasaraya Mangga Dua yang terletak di kawasan berhampiran hotel kami berkonsepkan  kedai yang menjual pelbagaj jenis barang seperti kasut, beg tangan, baju, telekung, aksesori, minyak wangi dan macam2 lagi.
Berbelanja sampai habis wang rupiahnya...mujur ada money changer dalam pasaraya ini menjadikan shoppingnya lebih meriah...haha..

Hari kedua kami ke Galeri sekali lagi sebelum berangkat pulang ke Malaysia dengan menaiki MAS pada jam 3.45 ptg. Kali ini kakitangan MBMB turut hadir sama untuk membuat semakan kerosakan disamping memastikan kerja-kerja disiapkan mengikut spesifikasi yang tertulis di dalam kerja-kerja baikpulih. Lantikan kontraktor dari Malaysia dan sub kontraktor adalah dari Indonesia termasuk pekerjanya.




Sesungguhnya A2P bersyukur kerana selamat tiba di KLIA mengikut waktu yang ditetapkan dan sesungguhnya ucapan terima kasih buat bos yang memberi kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan tugas di sana.

Semua pengalaman yang dikutip ketika berada di negara orang menjadikan A2P merasa sangat bertuah dilahirkan di bumi Malaysia yang tercinta...hujan emas dinegara orang hujan batu dinegara sendiri...

No comments:

Post a Comment