Wednesday, April 1, 2020

Dari Temasik ke Singapura




Assalamualaikum wbt..

Suasana malam yang dingin mengingatkan A2P mengenai penulisan yang lama terhenti.kerana kesibukan yang tiada henti..Entah mengapa setelah sekian lama, malam ini hati terdetik untuk memulakan sesuatu yang telah lama ditinggalkan. Waktu yang singkat mengingatkan pada kisah-kisah yang dititipkan buat pembaca budiman.

Temasik termaktub di dalam naskah Sejarah Melayu sebagai sebuah lokasi penyinggahan Parameswara yang juga dikenali dengan nama Megat Panji Alam sebelum beliau ke Melaka. Melaka di.mana segalanya bermula...dalam memantapkan pengetahuan dan penceritaan  di dada A2P  berpeluang untuk menjejakkan kaki di Kota Singa yang semakin berkembang maju..pergi atas tiket formal,tentunya A2P tidak melepaskan peluang untuk mememorikan setiap lokasi lawatan. Sambil menyelam minum air, peluang untuk memantapkan corak pameran di PERZIM menjadikan lawatan yang formal lebih kepada santai dan happy2...

Mercu tanda Singapura


Lawatan yang dihadiri seramai 7 orang kakitangan PERZIM  termasuk our big boss. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 ke 6 jam..Akhirnya A2P menjejakkan kaki dibumi Singapura pada 6 April 2017 yang lalu. Nilai matawang Malaysia yang rendah dengan kadar $2.95  menjadikan A2P berhati-hati dalam berbelanja...Al maklumlah...

Alhamdulillah, our team

So tempat pertama.yang kami kunjungi ialah Martabak Singapore...hehe isi perut dulu sebab kaum Adam berhasrat untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan. Kesempatan yang ada ini digunakan sepenuhnya oleh kaum Hawa untuk mencuci mata dikawasan Arab Street.

Murtabak Singapore $7.50 (boleh tahan mahal gak kalau convert ke RM 22.00)


Masjid Sultan



Window shopping sementara kaum Adam menunaikan solat Jumaat





Than kami di bawa melawat ke Malay Heritage Centre..di Kampung Gelam...nama jer kampung tapi pembangunannya pesat. Malay Heritage Centre  meruapakan satu-satunya kawasan yang menyimpan khazanah orang-orang Melayu suatu ketika dulu. Lebih dikenali dengan nama Kampung Melayu, galeri ini sarat dengan penceritaan tentang kaum Melayu Bugis. Sejarah asal-usul keturunan Bugis diterjemahkan dalam pelabagai bentuk samada penerangan, artifak,manuskrip tulisan Bugis dan juga salasilah keturunan. Selain dari itu, galeri ini juga diadakan aktiviti-aktiviti tradisional untuk generasi muda seperti permainan tradisional, seni silat dan pelbagai.


Tanda pengunjung yang masuk dan berbayar

alat kawalan suhu

Manuskrip tulisan bugis-champa turut dipamerkan

antara artifak yang dipamerkan

pameran yang dirasakan menarik, peralatan yang dulunya digunakan kini menjadi sejarah dan pameran

aktiviti yang dilaksanakan

sourvenir yang menarik

cenderahati artifak lama....so cute


Bangunan yang dilengkapi dengan lift ini di beri nama Istana Kampung Gelam dibina pada tahun1843 melalui titah perintah Sultan Ali Iskandar Shah dengan memaparkan ciri-ciri seni bina Eropah dan Melayu. Ianyanya juga pernah menjadi kediaman keluarga Diraja semasa Singapura menjadi pusat Kerajaan Johor pada abad ke 19. Bangunan ini juga telah diwartakan di bawah  National Monument pada 6 Ogos 2015.

Bergambar dihadapan Istana Kampung Gelam

ruang dalam istana

penyerahan cenderamata

bangunan ini diwartakan pada 6 Ogos 2005

Istana di kawasan sekitarnya..tertarik dengan no 73...

Bergambar beramai-ramai

Lawatan sekitar pameran

Penerangan oleh pemandu pelancong dalaman


Seterusnya kami ke Festival Pelancongan Melaka yang berlangsung di Singapura di mana PERZIM turut mengambil bahagian dalam promosi pelancongan. Seperti Malaysia, Singapura juga mempunyai tempat khusus untuk melaksanakan program-program besar namun ruang solat yang kurang selesa membuatkan kami merasakan indah lagi negara sendiri.



Kami di booth PERZIM, sempena Festival Pelancongan Melaka di Singapura

Agenda seterusnya, acara merehatkan badan  hehehe... kerana sepanjang perjalanan dari pagi belum lagi  ..so kita check in hotel dulu . Hanya semalam untuk tidur dan check out esok paginya. Malam kami makan di Restoran Nasi Padang, dan harga makanannya amat mahal berbanding makanan yang dihidangkan memandangkan restoran yang kami berhasrat hendak pergi telahpun ditutup.

at our hotel


breakfast di hotel, just makan ni sebab risau status halal walaupun ada label halal..

Esoknya kami ke Merlion Park, lokasi popular yang menurut cerita sangat cantik pada waktu malam kerana kilauan lampunya. Malangnya kami tidak ke sana waktu malam kerana masing-masing kepenatan dan ke taman ini pada esoknya. Lokasinya yang berhampiran laut dan juga patung Singa yang menjadi mercu tanda Singapura menarik minat orang ramai untuk datang. Pelbagai reaksi pelancong yang datang termasuklah kami. Setelah puas bergambar di Merlion Park kami terus ke destinasi terakhir iaitu the Maritime Experimental Museum.

Merlion Park - siang

Merlion Park - malam

sesi bergambar..hahaha

another group picture

konon-konon ..jadi tak..


Maritime Experimental Museum rupanya terletak dalam kawasan yang sama dengan Universal Studio. Disebabkan A2P tidak pernah ke Universal Studio, peluang yang ada digunakan untuk bergambar di ikon globe yang tercatat nama Universal Studio. Kebetulan kami sampai awal dari pertemuan yang dijanjikan so apalagi posingla...Tak dapat masuk dalam tidak dijadikan alasan kerana tiket masukknya berjumlah $70 Dollar bersamaa dengan RM 210.00.  Wah very expensive...


Edisi wajib -group photo

tak dapat masuk, bergambar pun jadi ler

yeah..this is universal studios gaiss...


Apabila tiba masanya my group masuk ke muzium dan macam biasa konsep muzium ada panel penerangan, off course ada artifak, props semestinya dan yang utama muzium ini terhasil dengan kerjasama PERZIM. Thats important...
Well uolls boleh tengok antara bahan-bahan yang dipamerkan 


Bergambar dengan geng dari Muzium Maritim Singapura

our group picture..bos snapkan...erkk


interactive station





all diorama session

At the end pameran kami masuk ke panorama hidupan laut dengan rekaan seperti oceanarium di Kuala Lumpur dan The shore di Melaka. Walaupun ada di Malaysia..A2P tetap teruja kecanggihan teknologi terkini yang digunakan di muzium ini. So nikmati gambar-gambar yang menarik beserta hidupan laut yang mandamaikan. 

hijau


purple


hehe..#jangan mara naa
capture by our boss

panorama yang sangat mendamaikan



boleh bertukar warna - biru



small jaws




Apapun pengalaman kali kedua ke negara jiran Malaysia ini dirasakan lebih menarik dengan perkembangan pesat pembangunannya dan yang paling pesatnya ialah jatuhnya matawang Malaysia. Yang penting kerjasama antara Melaka,Malaysia dan Singapura masih terjalin biarpun berasingan pentadbiran dan berlainan hala tujunya.

so many sweets..wow

last picture sebelum bertolak balik







No comments:

Post a Comment