Tuesday, April 14, 2020


Assalamualaikum wbt..

COVID-19

Ya Allah

Sesungguhnya setiap berlaku ada hikmahnya
Sesungguhnya setiap ujianMu terselit rahmat disebaliknya
Sesungguhnya setiap penyakit pasti ada penawarnya
Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati
Sesungguhnya setiap yang bermula pasti ada akhirnya

Ya Allah

Andai penyakit ini merupakan balaMu ke atas kami Kau angkatkan lah
Andainya penyakit ini bisa membuatkan hambaMu sedar Kau bantulah
Andainya penyakit ini merupakan amaranMu kepada kami Kau tunjukkanlah
Andainya penyakit ini menjadi peringatanMu unuk kami Kau kurniakanlah
Andai penyakit ini melenyapkan setiap sifat buruk kami Kau hilangkanlah

Ya Allah

Kerana sebuah nama Novel Corona 
Semua urusan terpaksa direhatkan
Semua perjumpaan harus ditunda
Semua persiapan harus diredhakan
Semua pekerjaan harus ditangguhkan
Semua aktiviti harus dihadkan
Semuanya harus dibataskan
Moga kami tidak berputus asa
Dalam mengharungi setiap ujianMu..


Aku bermohon pada Mu
Ya Allah..
Kau ampunkanlah dosa-dosa kami
Kau ringankanlah beban kami ini
Kau lindungilah kami dari jangkitan wabak ini
Kau legakanlah jiwa hambaMu yang berdepan dengannya
Kau lepaskanlah setiap keperitan yang telah engkau berikan ini
Kau kurniakanlah rahmatMu buat kami semua
Sesungguhnya kami redha dengan setiap amarahMu

Ya Allah
Sekiranya kami mendustakan zatMu
Sekiranya kami menidakkan hakMU
Sekiranya kami melengahkan suruhanMU
Sekiranya kami mengingkari perintahMU
Kau Ampunkanlah kami Ya Rabbi
Kau Ampunkanlah kami Ya Sattar
Kau Ampunkanlah kami Ya Rahman
Kau Ampunkanlah kami Ya Rahim

Kau ampunkanlah...

Aamiin Ya Rabbal A'laminn

Hasil Nukilan,
ARZ
14 April 2020








No comments:

Post a Comment